Nufnang

Pengikut

Isnin, 31 Mei 2010

Petua rahsia kecantikan wanita

Kecantikan wanita adalah terletak pada jiwa seseorang dan bukan hanya kecantikan wajah sahaja.
Alangkah indahnya jika seorang wanita wajahnya cantik dan begitu juga dengan hatinya.
Akhlak dan budi pekertinya pula menarik.

Setiap wanita tentu ingin dirinya cantik dan akan berusaha untuk sentiasa mencantikkan diri untuk menarik hati suami.
Sebagai wanita memang dituntut untuk kelihatan sentiasa menarik dimata suami.
Baik wanita itu bekerja ataupun suri rumah.

Rahsia kecantikan wanita yang saya paparkan disini adalah untuk para wanita yang perlukan rahsia dan petua untuk menjaga kecantikan secara tradisional dan moden.
Sedia maklum di dunia ini tiada gadis atau wanita yang tak cantik,semua wanita tentunya cantik-cantik belaka dan kita haruslah memahami dimana letaknya kecantikan tersebut.

Warna kulit bukanlah perbezaan yang mengasingkan seseorang itu daripada perkataan jelita,menawan dan cantik.
Justeru itu jangan rasa rendah diri sekiranya ada kekurangan pada diri.



Rahsia kecantikan wanita: Beberapa lagi yang penting

1. Elakkan dari mengambil makanan yang terlalu banyak mengandungi lemak,sebab akan mengakibatkan tubuh badan menjadi gemuk atau obes.
Contohnya: ayam goreng,makanan yang dimasak menggunakan santan,dan makan segera seperti burger,piza dan lain-lain. Bukannya tidak boleh makan langsung,tetapi makanlah sesekali dan dalam jumlah yang sedikit.

2. Elakkan tidur malam yang kurang cukup,sepatutnya tidur dari 6 hingga tujuh jam sehari untuk menjamin kesegaran diri diwaktu bangun pagi dan dapat mengurangkan takanan sehari-hari.

3. Makan dengan teratur,dimulai dengan sarapan pagi,makan tengah hari dan makan malam anda mengikut waktu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua melangsingkan perut

Ada beberapa petua untuk melangsingkan perut antaranya:

Cara 1.

Bahan-bahannya:

- Dua ketul halia/jahe
- 2 sudu cuka makan

Caranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua mengetatkan faraj

Ada beberapa cara untuk mengetatkan kembali faraj/vagina yang longgar selepas melahirkan anak.
Antaranya:

Cara 1.

Bahan-bahannya:

- Daun sirih 10 helai
- Gambir 2 keping
- Kapur makan
- Kulit pinang muda

Caranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua menghangatkan faraj yang sejuk

Ada wanita yang pembawaan badannya hangat,sejuk,lendir dan lain-lain.
Wanita-wanita yang bertabiat sejuk,lendir ini tidak begitu memuaskan suami. Untuk memperbaiki keadaan ini hendaklah menggunakan bahan-bahan dan petua di bawah ini.

Bahan-bahannya:

- Temu lawak.
- Kunyit.
- Limau perut/purut.
- Air mawar(ada dijual di kedai ubat atau kedai bunga).
- Madu lebah 2/3 sudu makan.

Caranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 27 Mei 2010

Resipi ikan tiga rasa


Bahah-bahan untuk membuat ikan masak tiga rasa:

1 ekor ikan siakap atau ikan apa saja yang anda suka
6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 24 Mei 2010

Petua kurus cara mudah


Tiada jalan mudah untuk kurus,mengurangkan berat badan memerlukan seseorang itu rutin melakukan senaman dan menjaga cara pemakanan sehari-hari. Tiada keajaiban seperti yang terpampang diiklan tv ataupun majalah. Semuanya memerlukan usaha sedikit demi sedikit.

Beberapa cara untuk mencapai berat badan ideal yang anda inginkan antaranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sikap yang membahayakan perkahwinan


Tanpa di sedari, banyak perkara yang boleh membahayakan hubungan anda dan pasangan dalam mengharungi alam perkawinan/rumahtangga
 ataupun alam percintaan. Sikap dan perilaku yang muncul itu biasanya bisa menghancurkan rumah tangga yang dibina sekian lama.

Antara beberapa sikap tersebut antaranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 14 Mei 2010

Petua tradisional mengelakkan penyakit batu karang

Petua tradisional untuk mengelakkan penyakit batu karang:

- Ambil sebiji buah nenas yang sederhana masaknya, kemudian dibakar sebentar atas dapur,ini adalah untuk membuang gas yang terdapat dalam buah nenas itu.

- Potong kepada dua bahagian,ambil satu bahagian itu dan dikupas kulitnya lalu kisar/blender hingga hancur,tapis lalu minum airnya.
Buat pada sebelah pagi dan sebahagian nenas lagi dikupas lalu kisar untuk diminum pada sebelah malam.

_ Bagi yang sudah ada penyakit batu karang,amalkan ramuan ini selama satu minggu.
Dan untuk mengelakkan penyakit batu karang minumlah sebulan sekali.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hilangkan peluh diwajah selepas bersolek

Petua kecantikan untuk menghilangkan atau mengurangkan peluh selepas bersolek:

Sebelum bersolek basuh wajah anda hingga bersih kemudian lap hingga kering.
Selepas itu ambil ketulan ais/es dan lumurkan ke wajah selama beberapa saat.

Kemudian barulah pakai alat solek seperti biasa.
InsyaAllah peluh diwajah akan berkurangan dan kulit anda makin berseri.

Kulit wajah tegang dan segar.

Jika anda inginkan kulit yang berseri cubalah cara ini:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengatasi senggugut

Senggugut memang menyakitkan,untuk mengatasinya anda boleh mencuba cara berikut:

- Ambil segenggam halia/jahe ditumbuk lumat. Masukkan halia tadi ke dalam segelas air suam,apabila halia sudah mendap,minumlah air tadi didahilui dengan selawat 3 kali.
insyaAllah senggugut akan hilang.

- Anda boleh juga menggunakan cara ini,ambil dua ketul/potong ibu kunyit,parut dan kisar/blender,perah airnya.Campurkan dengan sedikit asam jawa. Kemudian minum,buat 2 atau 3 kali InsyaAllah senggugut akan hilang.

Melancarkan perjalanan haid.

Rebus daun gelenggang kecil bersama daun dan akar tutup bumi(sejenis rumput yang daunnya halus),kalau tidak tahu seeloknya jgn dicuba,nanti salah herba lain pula jadinya. Amalkan minum airnya 3 kali sehari. Perjalanan haid anda akan normal pada hari pertama anda mengamalkannya.Wallahua'lam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 13 Mei 2010

Naikkan seri muka dan petua sulit wanita

Ada beberapa petua untuk menaikkan seri muka dan mengetatkan alat sulit wanita selepas bersalin/melahirkan.
Antaranya:

- Minum air suam/hangat selalu,jangan biasakan minum air sejuk/dingin/air batu. Ianya boleh mengakibatkan alat sulit menjadi sejuk dan perut menjadi kembang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua kempiskan perut (selepas bersalin)

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk ibu selepas melahirkan anak dan sedang dalam pantang.

Antaranya:

-Lakukan rawatan selepas bersalin seawal minggu pertama selepas melahirkan. Buat urutan,bertungku dan barut/stagen dengan cara yang betul. Ini dapat membantu mengecutkan rahim dan melarutkanlemak dibahagian perut dan pinggang. Dengan itu ia dapat mengempiskan perut dengan cepat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua putihkan kulit anak

Untuk mendapatkan anak yang putih berseri kulitnya bolehlah amalkan petua berikut ini:

Semasa hamil selalulah amalkan makan buah delima atau air kelapa muda.
Air kelapa muda hendaklah diminum seminggu sekali atau dua kali ketika kandungan berusia 7 bulan keatas.

Jangan minum terlalu banyak cukup satu gelas sahaja sambil selawat 3 kali.InsayAllah kalau diamalkan kulit anak anda akan cantik berseri.

Boleh juga mengamalkan petua berikut:

Amalkan makan buah tomato/tomat dan makan sayur bayam sepanjang kehamilan. Kalau boleh makan sebiji telur ayam kampung yang direbus setiap hari dari usia kandungan lima bulan keatas. InsyaAllah berhasil.Wallahua'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua wajah berseri dan hilangkan rasa gatal di wajah

Untuk mendapatkan wajah yang sihat berseri:

Amalkan ulam pucuk pegaga bersama nasi selain berkhasiat untuk kesihatan ia juga untuk menyerikan wajah. Disamping itu gunakan air kelapa muda untuk mencuci muka.
Jika diamalkan selalu insyaAllah wajah anda akan bertambah berseri.

Air kelapa muda juga berkhasiat untuk menghilangkan jerawat.
Caranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua melicinkan perut berkedut

Jangan bimbang sekiranya kulit perut anda kelihatan berkedut selepas melahirkan cahaya mata. Ada cara untuk mengatasinya:

-Ambil 1 sudu/sendok kecil air perahan limau nipis.
-Kira-kira 20 titik minyak kayu putih.
-1 sudu/sendok kecil air kapur sirih.

Caranya:

Campurkan semua bahan diatas,kemudian sapukan pada bahagian perut.
Amalkan selama 2 minggu berturut-turut setiap pagi dan petang selepas mandi.
Lihat hasilnya dan boleh diteruskan sehingga anda benar-benar puas hati dengan hasilnya.

Di bawah ini pula cara untuk mengelakkan perut kendur setelah melahirkan:

Parut dua ketul/potong halia(jahe) yang sederhana besar,dan campurkan dengan dua sudu/sendok cuka makan. Campurkan dan sapukan pada perut hingga keliling pinggang.
Selepas disapu pakailah bengkung/korset/stagen.
Campuran ini tahan antara dua atau tiga hari dan ia juga tidak menyebabkan gatal pada perut selain dapat mengelakkan perut dari pecah-pecah dan calar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua tradisional menghilangkan selulit

Sedia maklum,selulit atau kesan parut pada bahagian luar paha,perut dan punggung amat sukar untuk dihilangkan. Akan tetapi rawatan tradisional akan dapat mengurangkan kesannya.

Cara-caranya:

Cara 1. Ambil tawas,bancuh/canpur dengan sedikit air suam. Sapukan pada tempat atau bahagian yang terdapat selulit setiap hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 12 Mei 2010

Petua ibu selepas bersalin

Ada beberapa jenis rempah dan bahan makanan yang elok untuk ibu selepas bersalin,antaranya:

-Ketumbar
-Manjakani/biji kani
-Jintan hitam
-Biji pala
-Halia kering
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 11 Mei 2010

Petua kecantikan dan kesihatan

Untuk mengekalkan kecantikan,kita mesti menjaga cara pemakanan dan gaya hidup.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil berat yaitu:

* Elakkan dari mengambil makanan yang terlalu banyak lemak,contohnya makanan-makanan yang bergoreng,dimasak menggunakan santan,dan makanan segera yang terlalu banyak dipasaran kini.
Sebaik-baiknya banyakkan mengambil makanan yang direbus,stim atau dibakar. Bukan tidak boleh makan langsung,tapi makanlah dalam jumlah yang sedikit.

* Elakkan tidur malam yang kurang cukup,sepatutnya masa tidur adalah 6-7 jam sehari sudah mencukupi. Ini untuk menjamin kesegaran diri diwaktu bangun pagi dan dapat mengurangkan tekanan kerja sehari-hari.

* Makan dengan teratur,dimulai dengan sarapan pagi,makan tengah hari dan malam,mengikut waktu untuk menjamin kesihatan badan.

Semua perkara di atas kalau diamalkan akan dapat mengurangi resiko pentakit jantung,darah tinngi,kencing manis dan sebagainya...Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua melicinkan muka

Cara-cara melembutkan dan melicinkan kulit ialah:

Bahan-bahannya:

- Susu tepung bayi
- Sedikit air
- Madu lebah satu sudu makan

Caranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua menghilangkan parut jerawat

Melembabkan muka.

Tumbuk lumat beberapa kelopak kobis,dapatkan perahan airnya dan campur dengan sesudu madu lebah.
Sapukan pada kulit muka. Hasilnya kekeringan pada kulit muka akan hilang dan wajah anda juga akan semakin segar,lakukan selalu.

Menghilangkan parut dimuka.



Ambil beberapa tongkol jagung muda,tumbuk lumat.
Sapukan keseluruh muka yang berparut atau calar.
Biarkan kering lalu cuci dengan air bersih. Dengan cara ini kesan parut akan cepat hilang,terutama
jika parut yang disebabkan oleh penyakit cacar/campak.

Menghilangkan parut jerawat.

Ambil sedikit cekur/kencur,tumbuk dan campurkan dengan bedak sejuk.
Pakai bedak sejuk ini sebelum tidur. Biarkan semalaman,basuh muka dan bilas dengan air suam.
Amalkan selalu hingga nampak hasilnya.

Menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di hidung.



Sapukan putih telur di sekitar kawasan hidung.
Kemudian letakkan selapis tisu atau kapas muka di hidung anda. Biarkan sampai kering,selepas itu tarik tisu tersebut bermula dari bahagian bawah menghala ke atas.
Anda akan dapati bintik-bintik hitam dan putih melekat di kapas tersebut.
Amalkan dua kali seminggu untuk mendapatkan hidung yang bersih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 10 Mei 2010

Petua mencerahkan muka

Terdapat beberapa cara mencerahkan muka,antaranya:

Cara 1.Ambil sedikit kunyit hidup,parut kemudian perah dan ambil airnya.
Campurkan putih telur dan sedikit susu tepung. Selepas itu sapukan adunan tadi
pada kulit wajah,lakukan berulang kali,InsyaAllah berkesan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 9 Mei 2010

Petua menghilangkan jerawat pasir

Beberapa cara menghilangkan jerawat pasir.



Cara 1. Menggunakan bedak sejuk:
Caranya: Ambil beberapa biji bedak sejuk(bedak dingin) kemudian campurkan dengan
sedikit garam dan air. Selawat tiga kali dan sapukan kemuka terutama
tempat yang ditumbuhi jerawat.


Insya Allah dalam masa yang singkat jerawat akan hilang tanpa meninggalkan
parut. Gunakan setiap malam sebelum tidur.

Cara 2. Ambil kunyit hidup dan tumbuk dengan beras sehinnga lumat. Campurkan dengan
putih telur dan gaulkan sebati,sapukan pada muka dan biarkan sampai kering.
Bilas muka dengan air suam,insyaAllah anda akan nampak kesannya sekiranya
dilakukan berulang kali.

Cara 3. Ambil segenggam beras dan rendamkan semalaman. Toskan dan ditumbuk bersama
beberapa helai daun gelenggang,serta sedikit kunyit hidup.
Sapukan di muka dan biarkan selama 30 minit kemudian cuci hingga bersih
dengan air suam.
Insya Allah anda akan nampak kesannya,sekiranya dilakukan berulang kali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua menghilangkan jerawat

Petua-petua menghilangkan jerawat

Cara-caranya :

Cara 1.Rebus dua genggam pucuk jambu batu biarkan suam.
Ambil tuala bersih,celupkan kedalam air rebusan tadi dan sapu ke muka.
Tunggu hingga kering,basahkan semula tuala dan sapu lagi ke muka.
Buat selama 5 minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...