Nufnang

Pengikut

Isnin, 24 Mei 2010

Sikap yang membahayakan perkahwinan


Tanpa di sedari, banyak perkara yang boleh membahayakan hubungan anda dan pasangan dalam mengharungi alam perkawinan/rumahtangga
 ataupun alam percintaan. Sikap dan perilaku yang muncul itu biasanya bisa menghancurkan rumah tangga yang dibina sekian lama.

Antara beberapa sikap tersebut antaranya:


1. Suka menyalahkan orang lain atas semua masalah yang anda alami padahal semuanya berpunca dari perbuatan anda sendiri. Anda tidak perduli yang anda salahkan itu kekasih,isteri/suami atau saudara. Yang penting bagi anda,anda tak salah dan orang lain yang salah.

2. Mulai melecehkan ataupun merendah-rendahkan pasangan atau isteri/suami. Anda tak segan-segan memarahi pasangan anda yang sudah berbuat salah walaupun di hadapan orang lain. Ataupun bila pasangan anda mengajukan cadangan anda cepat-cepat membantah tanpa mendengar terlebih dahulu apa yang mahu diutarakan. Dan mulai bercakap kasar seperti " Kamu ni bodoh,macam tak sekolah..!"


3. Mula melakukan perkara-perkara yang mengikat pasangan dan keluarganya dengan menggunakan wang,apabila semuanya berjalan lancar anda akan dapat dengan mudah mengatur mereka.

4. Melakukan apa saja kegiatan bersama pasangan atas dasar perasaan sendiri tanpa mengambil kira apa keinginan pasangan anda. Bila anda rasa ok anda akan pergi bersamanya,tapi bila anda rasa kurang senang maka anda tidak akan pergi bersamanya. Nak bercakap pun malas...

5. Pernah timbul perasaan ingin melakukan kekerasan pada pasangan anda bila anda rasa disakiti hati. Anda rasa semua sikap dan perkataannya hanya menyakitkan hati saja. Semua yang pasangan anda cakapkan sudah tidak bermakna pada anda.

6. Mudah marah dan anda akan marah walaupun pasangan anda hanya melakukan kesalahan yang kecil. Tak mahu lagi bercakap dengan pasangan anda apalagi bercerita tentang kegiatan anda sehari-hari. Kalau bercakap pun hanya sepatah dua patah saja itupun macam terpaksa.

7. Munculnya rasa cemburu yang berlebihan,mencurigai setiap apa saja yang pasangan anda lakukan.
Memeriksa setiap sms yang masuk di telefon pasangan anda,selalu curiga kemana saja pasangan anda pergi dan inginkan setiap waktu untuk anda berdua saja.

8. Mulai menggantungkan seluruh hidup pada pasangan anda,tanpa segan-segan menangis di hadapan pasangan anda ketika kena marah atau pasangan hendak meninggalkan anda,anda merayu dan mengatakan "Saya akan mati bila kamu tinggalkan,saya tak boleh hidup tanpa kamu,baik saya mati saja."

9. Mula membandingkan pasangan anda dengan adik,mak,nenek,tetangga,mungkin dari segi kecantikan ataupun masakan atau rupa paras ataupun juga dari segi cara berpakaian.

10. Mulai menganggap remeh semua masalah yang dihadapi oleh pasangan anda dan bila pasangan anda memerlukan sokongan emosi anda tak pernah berada disampingnya untuk menenangkan perasaan pasangan anda.

11. Mulai lupa pada kenangan-kenangan anda berdua,seperti bila pertama kali bertemu atau bila ulangtahun perkahwinan anda berdua,malah anda selalu lupa dengan hari ulang tahun pasangan anda.

Syibil Carrere seorang penyelidik di Amerika berkata : Pasangan yang bahagia dalam perkawinan pasti ingat segala perkara yang berkaitan dengan pasangannya termasuklah pertemuan pertama dan hari-hari penting pasangannya. Pertengkaran yang menyerang peribadi pasangan juga akan menyebabkan perceraian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan