Nufnang

Pengikut

Isnin, 24 Mei 2010

Petua kurus cara mudah


Tiada jalan mudah untuk kurus,mengurangkan berat badan memerlukan seseorang itu rutin melakukan senaman dan menjaga cara pemakanan sehari-hari. Tiada keajaiban seperti yang terpampang diiklan tv ataupun majalah. Semuanya memerlukan usaha sedikit demi sedikit.

Beberapa cara untuk mencapai berat badan ideal yang anda inginkan antaranya:

1. Mempunyai hasrat untuk melakukan perubahan kecil terlebih dahulu,jangan terus nak jadi macam Beyonce padahal senaman pun malas,cukup dengan keinginan untuk bulan pertama target berat yang turun sebanyak 3 atau 4 kilogram,  bila berhasil tetapkan pula target untuk bulan-bulan seterusnya secara berperingkat-peringkat.

2. Buatlah senaman ataupun apa saja kegiatan yang mengeluarkan peluh,ini adalah cara yang efektif untuk membakar segala lemak dan kalori yang diserap oleh tubuh anda.

3. Berhenti meminum minuman bergas atau berkarbonat,sebab air soda banyak mengandungi kalori tetapi tiada nutrisi.

4. Pergilah berjalan kaki selama 15 minit,dua kali sehari. berjalanlah dengan cepat supaya jantung anda berdegup laju,jika berjalan perlahan tidak akan membantu untuk menyingkirkan lemak.

5. Jauhkan makan makanan ringan seperti kentang goreng,kerepek kentang,makanlah buah-buahan jika anda merasa lapar atau boleh juga makan biskut tanpa gula.

6. Jika anda teringin makan direstoran makanan  segera,pilihlah makanan yang bersaiz kecil kerana sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan kalori dalam tubuh.

7. Banyakkan makan kismis dan kacang-kacangan/kekacang. Selalulah makan kudapan yang sehat ini,anda tentu takkan menyesal.

8. Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai kandungan lemak dan kalori yang tinngi. Seperti mentega,ais krim,mayones,susu penuh krim,coklat,dan gula-gula. Bukan tidak boleh makan tapi makanlah dalam jumlah yang sedikit dan pilih yang kurang lemak dan kalori.

9. Masaklah ayam dengan membuang kulit luarnya,direbus/sup atau dipanggang lebih elok. Kalau digoreng akan menaikkan lagi kandungan lemaknya.

10. Lakukan kegiatan berjoging pada waktu cuti,atau kegiatan yang boleh membuatkan anda berpeluh seperti mencuci kereta dan lain-lain.

Selamat mencuba petua kurus cara mudah ini dan amalkan gaya hidup sihat secara berterusan.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan: