Nufnang

Pengikut

Khamis, 13 Mei 2010

Petua kempiskan perut (selepas bersalin)

Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk ibu selepas melahirkan anak dan sedang dalam pantang.

Antaranya:

-Lakukan rawatan selepas bersalin seawal minggu pertama selepas melahirkan. Buat urutan,bertungku dan barut/stagen dengan cara yang betul. Ini dapat membantu mengecutkan rahim dan melarutkanlemak dibahagian perut dan pinggang. Dengan itu ia dapat mengempiskan perut dengan cepat.


-Elakkan minuman sejuk/dingin dan usahakan jangan minum diantara waktu makan (makan berulam air). Seeloknya minum 15-30 minit selepas makan. ataupun minum dulu sedikit air sebelum makan.

-Amalkan minum jamu buatan sendiri dengan jumlah yang sedikit 1/2 cawan pagi dan 1/2 cawa petang.

-Amalkan bertungku dan memakai bengkung/stagen setiap hari selama 40 hari.
Bertungku 3 kali sehari dan bengkung 6-8 jam sehari. Anda akan teruja melihat hasilnya.

-Makan makanan berkhasiat,seperti sayur-sayuran dan buah-buahan (lihat sayur dan buah yang boleh dan tidak boleh dimakan di post saya sebelum ini).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan