Beberapa cara menghilangkan jerawat pasir.
Cara 1. Menggunakan bedak sejuk:
Caranya: Ambil beberapa biji bedak sejuk(bedak dingin) kemudian campurkan dengan
sedikit garam dan air. Selawat tiga kali dan sapukan kemuka terutama
tempat yang ditumbuhi jerawat.
Insya Allah dalam masa yang singkat jerawat akan hilang tanpa meninggalkan
parut. Gunakan setiap malam sebelum tidur.
Cara 2. Ambil kunyit hidup dan tumbuk dengan beras sehinnga lumat. Campurkan dengan
putih telur dan gaulkan sebati,sapukan pada muka dan biarkan sampai kering.
Bilas muka dengan air suam,insyaAllah anda akan nampak kesannya sekiranya
dilakukan berulang kali.
Cara 3. Ambil segenggam beras dan rendamkan semalaman. Toskan dan ditumbuk bersama
beberapa helai daun gelenggang,serta sedikit kunyit hidup.
Sapukan di muka dan biarkan selama 30 minit kemudian cuci hingga bersih
dengan air suam.
Insya Allah anda akan nampak kesannya,sekiranya dilakukan berulang kali.
Segala petua kecantikan,tradisional, awet muda, menghilangkan parut, jerawat, rumahtangga, dr fadzilah kamsah, dr mashitah ibrahim, suami isteri,cosmetics dan kesihatan anda ada disini
Ahad, 9 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam..saya da guna bermacam2 jnis produk n petua tp x pernah berkesan..adakah cara ini btl2 berkesan???
BalasPadamNak thu berkesan ke tak, seelok-eloknya cuba cara pertama selama 2 minggu berturut-turut, pastu kalau masih takde ksn cuba cra 2, dua mggu gak.
BalasPadamKalau takde kesan gak cubalah cra terakhir, tapi jgn lah cuba sekali hari ni pakai esok nak nampak kesan....kena cuba btol2 mesti jadi punya....key!
Assalamualaikum . Petua untuk hilangkan jerawat ni boleh ke kalau anak dara yang amalkan. maksud saya anak dara yang mengalami jerawat nak cuba petua diatas tu ? :-)
BalasPadamPetua diatas boleh diamalkan oleh sesiapa je..anak darapun boleh, takde masalah....
BalasPadamnk tnye, bdak sjuk jnis dingin nk dptkan kat mne ye?
BalasPadamBiasa kat pasaraya mydin ada jual, kalau takpun kat kedai jamu mesti ada...
BalasPadamsalam ni tol2 berkesan ke?
BalasPadamInsyaAllah berkesan....
BalasPadamassalamualaikum... saya dah penah wat semua tu,,, tapi,,,, whiteheed pulak yang datang,,,, hurm,, ade tak care lain,,???????? hurm,
BalasPadamkalau campur bdk sjk tu dgn madu blh ke ??
BalasPadam