Nufnang

Pengikut

Jumaat, 14 Mei 2010

Hilangkan peluh diwajah selepas bersolek

Petua kecantikan untuk menghilangkan atau mengurangkan peluh selepas bersolek:

Sebelum bersolek basuh wajah anda hingga bersih kemudian lap hingga kering.
Selepas itu ambil ketulan ais/es dan lumurkan ke wajah selama beberapa saat.

Kemudian barulah pakai alat solek seperti biasa.
InsyaAllah peluh diwajah akan berkurangan dan kulit anda makin berseri.

Kulit wajah tegang dan segar.

Jika anda inginkan kulit yang berseri cubalah cara ini:


Ambil dua sudu/sendok asam jawa,campurkan dengan sedikit air,jangan terlalu cair.
Campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis.
Kemudian sapukan dimuka,dan leher seperti menggunakan masker.
Lakukan setiap hari InsyaAllah kulit anda akan menjadi segar dan cantik dan dapat mengurangkan hiperpigmentation.

Petua menghilangkan lebam bawah mata:

Cara 1.
Ambil air perahan lemon/citrus yang berwarna kuning.
Sapukan dibawah mata,amalkan setiap hari.
InsyaAllah anda akan mendapatkan hasil yang memuaskan.

Cara 2.
Sediakan sebiji kentang yang dikupas kulitnya. Hiris nipis-nipis dan kemudian lekapkan hirisan kentang tersebut dimata anda.
Biarkan selama 10 minit,lalu basuh dengan air suam.
Amalkan sebelum tidur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan