Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Khamis, 13 Mei 2010

Petua tradisional menghilangkan selulit

Sedia maklum,selulit atau kesan parut pada bahagian luar paha,perut dan punggung amat sukar untuk dihilangkan. Akan tetapi rawatan tradisional akan dapat mengurangkan kesannya.

Cara-caranya:

Cara 1. Ambil tawas,bancuh/canpur dengan sedikit air suam. Sapukan pada tempat atau bahagian yang terdapat selulit setiap hari.


Cara 2. Ambil minyak kelapa hijau,gunakan untuk mengurut bahagian badan yang berselulit setiap pagi selepas mandi.

Cara 3. Ambil timun muda dan parut serta biarkan berembun selama semalaman kemudian sapukan pada bahagian badan yang berselulit.

Cara 4. Ambil sebiji atau dua biji buah belimbing besi dan parut serta dicampurkan dengan madu asli,lalu sapukan ramuan tadi dibahagian yang berselulit,jika sering dilakukan hasilnya sangat memuaskan.

Cara 5. Ambil 5 pucuk daun bunga raya,giling atau tumbuk hingga lumat,simpan dalam peti sejuk/kulkas,dan sapukan ramuan ini pada bahagian yang terdapat selulit pada waktu malam.Lakukan rawatan setipa hari,anda akan melihat hasilnya...insyaAllah.

Cara 6:
-Ambil segenggam beras yang sudah dibersihkan.
-sebuku kunyit hidup.
-Lima helai daun pucuk senduduk.
-Sedikit kapur sirih
-Halia/jahe
-Daun cekur/kencur

Tumbuk atau blender semua bahan-bahan tersebuthingga hancur lalu sapukan pada bahagian badan yang berselulit.Amalkan setipa hari selama 2 minggu berturut-turut.Hasilnya cukup memuaskan hati anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 ulasan:

  1. dalam tips yang ke-2 apa maknanya 'biarkan berembun semalaman'?

    BalasPadam
  2. Maknanya letaklah kat luar rumah masa mlm, esok pagi bru ambik n guna..tpi rmh skrg ni mana nak dpt embun lg, sume dah berauning, rmh kampung blhlah...ni petua orang dolu2.

    BalasPadam
  3. rawatan tradisional + moden = hasilnya memang berbaloi..x rugi mencuba..asal jgn cara yg ekstrem udahlah..benda2 cmni nak kena bsabar dan rajin pakai/guna baru nmpak hasil yg diimpikan..

    BalasPadam