Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Selasa, 29 Jun 2010

Beberapa masalah kulit wajah yang kita patut tahu

Ada beberapa jenis masalah yang terdapat pada kulit muka kita, dan yang paling sering kita temui ialah:

1. Bintik-bintik hitam (blackheads).
2. Bintik-bintik putih (whiteheads).
3. Liang roma terbuka/kembang (open pores).
4. Jerawat batu.
5. Garisan-garisan kasar di bahagian mata (kedut/wrinkle).

6. Garisan-garisan hitam di sekeliling mata.
7. Tompok-tompok hitam (jeragat).
8. Bibir kering/mengelupas.
9. Sembab/bengkak disekeliling mata.

Pada post saya kali ini saya akan mengupas tentang bintik-bintik hitam, bintik-bintik putih dan liang roma terbuka/kembang terlebih dahulu.
Sebab-sebab yang mengakibatkan masalah kulit tersebut, dan cara mengatasinya:

1. Bintik-bintik hitam (blackheads).

Merupakan bintik-bintik hitam yang jelas kelihatan dipermukaan wajah, biasanya terdapat di zon T (sekitar hidung,dahi dan pipi).

Penyebabnya:
Bintik-bintik hitam ini terbentuk bila terdapatnya peningkatan aktiviti kelenjar minyak.
Pengumpulan minyak dengan kekotoran dan sel-sel kulit mati didalam liang roma yang menyebabkan terbentuknya bintik-bintik hitam dipermukaan (dibahagian yang selalu terdedah kepada udara dan habuk/debu) ianya menjadi hitam disebabkan oleh proses kimia yang dipanggil "oxidasi", lalu digelar "blackheads" atau bintik-bintik hitam.

Rawatan:
Mesti dilakukan pembersihan secara mendalam. Cuci muka dengan menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit wajah, mula dari susu pembersih kemudian sabun dan disusuli dengan scrub muka. Untuk keterangan lebih lanjut boleh baca post saya tentang Cara mencuci wajah yang betul.
Setelah wajah  dicuci bersih, stim dengan menggunakan tuala/handuk panas.

Caranya: Letakkan ais panas kedalam besen campur dengan sedikit air biasa, celupkan tuala/handuk kedalamnya dan perah. Kemudian tekapkan ke muka selama beberapa minit. Buat 2 atau 3 kali.
Kemudian picit bintik-bintik hitam tersebut dengan menggunakan "bleackheads extractor" (besi kecil yang biasa dijual di kedai asesori harganyapun murah saja).
Setelah dipicit, sapukan toner di seluruh wajah untuk menutup kembali liang roma yang telah terbuka.
Jauhi makanan yang kaya dengan minyak/lemak.

2. Bintik-bintik putih (whiteheads).

Rupanya kelihatan seperti mutiara yang mengganjal sebesar kepala pin/jarum pentul dipermukaan wajah.
Ianya tidak mempunyai liang/pembukaan dan biasanya tidak boleh dipicit keluar.

Penyebabnya:
Bintik-bintik putih terjadi kerana adanya penakungan sebum, iaitu minyak yang terkumpul disaluran buta (saluran yang tersumbat/tanpa liang dipermukaannya).
Dan biasanya bintik-bintik putih ini susah untuk menghilangkannya dan jarang hilang sendiri.

Rawatan:
Cara yang terbaik untuk menghilangkannya ialah  dengan membuka liang tempat bintik-bintik putih ini tumbuh.
Bintik-bintik putih ini boleh dipecahkan dengan menggunakan jarum yang sudah dibasmi kuman/streril. Setelah dicucuk dengan jarum kemudian picit keluar, dan sapukan dengan "toning lotion"?penyegar secepatnya untuk membasmi kuman pada kulit.
jika bintik-bintik putih itu terlalu besar, jangan lakukan sendiri. minta bantuan juru kecantikan.

3. Liang roma terbuka/kembang (open pores).

Iaitu liang-liang roma yang kasar dan jelas kelihatan, biasanya tertumpu di zon T atau bahagian pipi.

Penyebabnya:
Kelenjar minyak yang sangat aktif dan bila fungsi otot-otot yang mengawal liang roma menjadi kurang aktif.

Rawatan:
Melalui pembersihan yang betul (lihat post saya Cara mencuci wajah yang betul). Kemudian diikuti dengan urutan muka (baca post Cara urutan muka yang betul) untuk merangsang penguncupcn liang roma.
Selalu gunakan astringent/penyegar jikalau kulit muka terlampau berminyak.

Ikuti lanjutannya.....pada post saya yang akan datang....terima kasih!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan