Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Selasa, 29 Jun 2010

Beberapa masalah kulit wajah yang kita patut tahu 2.

Pada post saya yang terdahulu saya telah menulis tentang beberapa masalah kulit wajah yang kita patut tahu, sila baca untuk keterangan yang lebih lanjut.

Beberapa masalah yang akan kita kupas kali ini ialah mengenai jerawat batu/acne, garisan-garisan kasar dibahagian mata/kedut, tompok-tompok hitam/jeragat, bibir yang pecah/merekah, dan sembab disekeliling mata.

4. Jerawat batu/acne.


Jerawat batu berpunca dari masalah kulit berminyak, kelenjar minyak yang berlebihan.
Dimana kulit mempunyai daya tahan yang rendah terhadap jangkitan/kuman. Biasanya bentuknya besar-besar dan bernanah dan terdapat di muka ataupun dada dan belakang badan.

Penyebabnya:
Jangkitan pada kelenjar minyak diliang roma yang berpunca dari sejenis kuman. Kuman ini sentiasa berada diatas kulit tetapi hanya menyebabkan jangkitan apabila daya tahan kulit itu rendah.
Daya tahan kulit yang rendah boleh disebabkan oleh:
- Badan yang kurang sihat
- Makanan yang tidak seimbang, terlampau banyak karbohidrat, kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Sembelit/konstipasi
- Kurang bersenam, udara yang kurang segar dan kurang tidur
- Mengabaikan pemjagaan kulit harian
- Kelenjar minyak yang terlalu aktif

Rawatan secara am:
Jaga cara pemakanan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, protein, serta banyakkan minum air, lebihkan bersenam,  pastikan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

Rawatan khas:
Bersihkan muka dengan menyeluruh (lihat post Cara mencuci wajah yang betul). Kemudian picit jerawat yang masak dengan menggunakan "extractor" kemudian sapukan toner anti jerawat dan masker dengan betul.

Jika jerawat terlalu teruk/serius anda hendaklah berjumpa dengan dokter pakar kulit untuk mendapatkan antibiotic.


5. Garisan-garisan kasar dibahagian mata (kedut/wrinkle)

Ianya berupa garisan-garisan yang jelas kelihatan disekitar tepi mata terutama bila tertawa.

Penyebabnya:
kulit yang terlalu kering dan kehilangan daya elastisiti. terlalu kerap menggunakan ekspresi mata, juga tertawa yang terlalu banyak.

Rawatan:
Buat urutan disekitar bahagian mata dengan betul (lihat Cara urutan muka yang betul).
Lakukan setiap pagi dan petang atau sekurang-kurangnya sekali sehari untuk hasil yang lebih baik. Urutan dapat mengurangkan kedut/kerut tersebut.

6. Garisan-garisan hitam disekeliling mata

Ianya berbentuk bulatan hitam disekitar lingkaran mata.

Penyebabnya:
Biasanya disebabkan oleh kurang tidur ataupun kurang rehat yang cukup.

Rawatan:
Dapatkan tidur yang cukup dan lakukan urutan mata seperti di no 5 diatas.

7. Tompok-tompok hitam/jeragat.

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua/kadang kala hitam, yang terkumpul dimuka biasanya berkelompok. Baik dipipi atau dahi dan dagu.

Penyebabnya:
Disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau monopaus. Gelisah dan tidak cukup tidur, menggunakan makeup yang tidak berkualiti, bermutu rendah dan juga boleh disebabkan oleh masalah pada limpa (dipastikan oleh doktor).

Rawatan:
Lindungi kulit daripada matahari, gunakan skin care dan barangan makeup yang mengandungi "Suncreen" iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.
Pastikan barangan makeup yang dipakai bermutu tinggi (tidak semestinya mahal). Urutan muka boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan kulit.

Nota: Jeragat boleh dipudarkan/dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Walaupun seseorang tidak mempunyai jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah.

8. Bibir kering/mengelupas.

Bibir yang kering, pecah, mengelupas dan mudah menjadi sensitif.

Penyebabnya:
Terlampau kering, kurang minum air, hidung tersumbat bernafas melalui mulut (disebabkan oleh flu/selesema) dan keadaan yang terlalu sejuk/dingin. Ginci bibir yang tidak sesuai dengan kulit.

Rawatan:
Minum air dengan cukup. Gunakan "lipbalm" dan urut bibir perlahan-lahan sebelum mengenakan gincu bibir. Sapukan madu sebelum tidur juga dapat membantu untuk melembutkan kembali bibir yang pecah.

9. Sembab/bengkak dibawah dan disekeliling mata.

Keadaan kulit disekitar bawah mata yang menggeleber dan kendur, ianya seakan-akan baru lepas menangis.

Penyebabnya:
Boleh disebabkan oleh sakit atau kurang tidur.
Menggunakan krim malam terlalu hampir/dekat dengan mata.

Rawatan:
Pastikan dulu penyebabnya dan cuba memulihkannya dengan cara urutan muka yang betul, jaga cara pemakanan, tekapkan hirisan timun atau kentang pada mata setiap malam sebelum tidur.
Dan jangan menggunakan krim terlalu hampir/dekat dengan mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan