Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Rabu, 9 Jun 2010

Membina hubungan berkekalan

Untuk membina hubungan rumah tangga yang berkekalan,ada beberapa perkara yang harus  dihargai.
Kehadiran orang yang dikasihi adalah tak ternilai harganya, dengan berada disampingnya kita dapat meluahkan perasaan,perhatian dan kasih sayang secara utuh dan intensif. Dengan demikian kualiti kehadiran pun penting untuk menjaga kebahagiaan.

Diantara perkara-perkara yang harus dihargai ialah
Antaranya:


1. Mendengar

Tak ramai orang yang mampu untuk menjadi pendengar yang baik. Sebab kebanyakan orang lebih suka untuk didengar tapi bukan mendengar, suka meluahkan perasaan tapi malas mendengar luahan perasaan pasangan. Keharmonian hubungan rumah tangga amat ditentukan oleh kesediaan untuk saling mendengar.
Dengan mencurahkan perhatian pada segala ucapan isteri/suami,secara tak langsung kita juga telah menumbuhkan kesabaran dan kerendahan hati.

Bukannya perlu menyampuk,mengkritik,apalagi menghakimi bila isteri/suami sedang bercakap. Biarkan pasangan kita meluahkan isi hatinya yang tidak harus berupa perbincangan ataupun penilaian. Biarkan dia memikirkan sendiri tanggapan yang tepat selepas itu.

2. Diam

Dalam diam ada kekuatan.
Diam boleh dipakai untuk menghukum,mengusir,atau untuk membingungkan orang. Tapi lebih dari itu, diam juga boleh menunjukkan kecintaan kita pada seseorang kerana memberinya "ruang".
Lebih-lebih lagi jika sehari-hari kita sudah terbiasa gemar menasihati,membebel,mengatur,mengkritik.

3. Kebebasan

Memberi kebebasan juga adalah salah satu perwujudan cinta. Makna bebas bukanlah bererti "Kau bebas berbuat apa saja sesuka hatimu". Tapi lebih kepada memberi kepercayaan penuh untuk bertanggung jawab atas segala yang telah dilakukan.

4. Keindahan

Tampil indah dan cantik juga merupakan satu penghargaan, bahkan tak salah melakukannya setiap hari.
Ianya untuk diri kita sendiri juga. Siapa yang tak ingin cantik ? Tapi bukanlah bermakna kena bersolek tebal-tebal,cukuplah sekedar sapuan nipis dimuka supaya nampak segar dan berseri.

5. Tanggapan positif

Tanpa sedar kita sering memberikan tanggapan negatif pada pasangan kita terhadap pemikiran,sikap dan tindakannya.
Seolah-olah tidak ada yang benar pada dirinya, semuanya serba tak kena. cuba ingat berapa kali anda mengucapkan terima kasih pada pasangan anda atas segala hal yang telah dilakukan untuk anda.

6. Sedia mengalah.

Kesediaan mengalah dapat melunturkan sakit hati dan mengajak kita menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Tak semua masalah layak untuk menjadi bahan pertengkaran,perlukah sebuah hubungan dikorbankan kerana masalah yang menjadi pertengkaran?..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan