Nufnang

Pengikut

Rabu, 21 Julai 2010

Petua mengecutkan jerawat batu

Jika wajah anda ditumbuhi jerawat batu dan tak tahu lagi apa yang nak dibuat untuk mengecutkannya, ikuti sahaja cara dibawah ini. InsyaAllah berkesan jika rajin mengamalkannya.

Untuk mengecutkan jerawat batu ini caranya:

Pada waktu malam sebelum tidur, sapukan gincu bibir pada jerawat yang baru tumbuh.
Lakukan beberapa malam untuk kesan yang cepat.
InsyaAllah jerawat akan kecut.

Petua ini juga boleh digunakan pada parut jerawat.
Lama kelamaan parut jerawat akan hilang jika disapukan gincu bibir setiap kali sebelum tidur.

Tetapi janganlah terlalu banyak, nanti penuh tilam dengan kesan gincu bibir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua menghilangkan tanda hitam diketiak

Jika anda ingin menghilangkan tanda hitam diketiak, bolehlah mengikuti cara ini.

Bahan-bahannya:

- Sebiji limau nipis
- Sedikit kapur sirih

Caranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua menghilangkan parut lama dan baru

Kita memang cukup tak selesa jika parut di badan kita tak mahu juga hilang, meskipun berbagai cara sudah dibuat.
Jika parut tersebut tak terlalu dalam, masih ada cara untuk menghilangkannya.

Caranya:


Ambil beberapa helai daun teh, atau kalau tidak ada boleh juga menggunakan segenggam serbuk teh yang sudah digunakan.
Rendam kedalam satu cawan air suam, dan biarkan seketika.
Selepas itu sapukan kebahagian badan yang berparut, biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air.

Cara yang kedua :

Jika anda berkudis disebabkan demam campak, atau luka lainnya cara paling mudah untuk menghilangkannya ialah dengan menggunakan kentang.
Ambil sebiji kentang, kupas kulitnya kemudian dipotong nipis-nipis.
Kemudian sapukan pada parut tersebut, sisa kentang yang masih tertinggal boleh dibiarkan menutup parut hingga kering seketika, kemudian cuci bersih.


Cara yang ketiga :


Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.


Cara keempat :

Sapukan minyak zaitun/Olive oil setiap hati untuk menghilangkan parut, kandungan Vit E dalam minyak zaitun elok untuk kulit berparut, lama kelamaan parut akan memudar.

Cara kelima :

Sapukan madu ditempat yang berparut beberapa kali sehari, madu boleh menyerikan kulit dan mengangkat/memudarkan bekas luka. Kulit akan nampak bercahaya secara natural.

Cara Keenam :

Jika luka masih baru, sapukan lendir daun lidah buaya atau Aloe Vera supaya luka cepat sembuh dan tidak meninggalkan parut kekal. Kesan luka juga akan cepat hilang jika rajin mengamalkannya.

Cara Ketujuh :

Sapukan jus lemon atau Citrus ( limau berwarna kuning ), kandungan didalam jusnya boleh menghilangkan tada-tanda hitam dan warna kulit yang tak sekata. Ianya juga boleh mengurangkan parut bekas luka atau terbakar.

Cara Kelapan :

Jus timun boleh mengurangkan parut, caranya ambil seketul timun blender dan ambul airnya, sapukan kemuka atau badan yang berparut, biarkan selama 15-20 minit kemudian basuh. Lakukan selalu untuk hasil yang memuaskan.

Cara Kesembilan :

Sapukan kulit badan atau wajah yang berparut dengan minyak kelapa buatan sendiri atau boleh juga sapukan dengan minyak kelapa dara yang banyak dipasaran seperti jenama Nuevara atau jenama yang lainnya, lakukan setiap hari untuk hasil yang baik.

Cara Kesepuluh :

Sapukan Vit E setiap hari ke tempat berparut, selain itu boleh juga makan Vit E supaya parut cepat hilang.
Collagen juga cara yang terbaik untuk menghilangkan parut dan menyerikan wajah yang kusam selain banyak lagi faedah yang lainnya.

Jika parut tak juga hilang mungkin anda boleh cuba cara menggunakan laser yang agak mahal, tetapi jika ada bajet apa salahnya mencuba...

Cara Kesebelas :

Untuk parut demam campak gunakan jagung muda, parut kemudian sapu kat badan yang berparut akibat campak. Lakukan hingga parut hilang.

Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

Untuk cara yang lebih senang ( moden) pula, anda boleh cuba set rawatan luaran dan dalaman untuk menghilangkan parut ini :




Krim hebat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapus terus parut-parut di tubuh. Krim herba yang diperkaya dengan Calendula, Echinacea dan Hydroxproxsilane ( bahan yang diekstrak secara bioteknologi) yang selamat dengan mengguna teknik nano dan tidak mengandungi bahan-bahan dari haiwan. 

Krim ini pantas bertindak dan menjadi pemangkin kepada aktiviti enzim yang menghasilkan protein untul mendorong pembinaan tisu baru, menguatkan dan melindungi serat kolagen dan elastin. Protein yang dihasilkan akan menjadikan tisu penyambung (connective tissue) akan bertindak lebih cekap untuk mengawal elastisiti dan tekstur kulit, krim ini juga akan bertindak sebagai anti-penuaan (anti-ageing) kepada kulit.
Kegunaan krim ini:

·         Untuk parut di badan dan muka
·         Parut akibat surgery
·         Parut akibat kebakaran
·         Parut akibat kemalangan
·         Strecth mark
·         Parut jerawat

Azanis scar serum best for remove scar
Azanis scar serum

Azanis scar serum terbaik utk menghilangkan parut
Azanis scar serum

Azanis scar serum terbaik menghilangkan parut
Aanis scar serum untuk parut

SILA KE WEBSITE INI UNTUK MELIHAT SENARAI PILIHAN PRODUK MENGHILANGKAN PARUT YANG LAINNYA ....www.butiksukmaonline.com

Kalau berminat sila sms 012-3950371 untuk keterangan lbh lanjut....
Atau tekan link http://www.wasap.my/0123950371

InsyaAllah berkesan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua awet muda dan cantik

Biasakan mencuci wajah menggunakan air embun pagi,dan air hujan yang turun pada malam jumaat.
Air hujan yang turun pada malam jumaat amat berkhasiat untuk melembutkan kulit wajah dan boleh menyegarkan badan serta mampu dijadikan ubat penyembuh pelbagai penyakit jika dibuat mandian pagi.

Jika susah mendapatkan embun atau air hujan dimalam jumaat boleh juga amalkan cara berikut;

Setiap pagi selepas bangun dari tidur sebelum mandi dan menggosok gigi amalkan minum air suam sambil membaca shalawat tiga kali. 
Lebih elok amalkan membaca selawat tiga kali ini setiap kali minum air suam tak kira siang ataupun malam,petua ini selalu diamalkan oleh arwah nenek saya sampai keakhir hayatnya. 
Saya nampak wajahnya selalu awet muda dan berseri walaupun usianya melebihi sembilan puluh tahun.

Bagi yang sudah terbiasa dengan rawatan kecantikan secara moden elok juga diteruskan dan dicampur dengan petua tradisional tentu hasilnya lebih baik lagi. 
Dan pastikan anda mendapatkan produk kecantikan yang diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia,ini untuk menjaga keselamatan diri sebagai pengguna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 20 Julai 2010

Puasa dan diet

Puasa sebenarnya memberi banyak kebaikan pada tubuh kita. Selain boleh membantu untuk menurunkan berat badan secara semula jadi, diet yang betul diamalkan boleh diteruskan pada sepanjang bulan puasa dan bulan-bulan selepasnya.

Gangguan-gangguan kecil seperti mengantuk dan sakit kepala kadang kala berlaku saat kita berpuasa.
Keadaan ini biasa disebabkan oleh perubahan yang terjadi pada menu berbuka dan sahur.

Kebaikan puasa:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 16 Julai 2010

Petua langsing selepas bersalin

Semasa hamil, bayi bergantung sepenuhnya pada ibu untuk makanannya. Oleh sebab itu cara pemakanan ibu amat penting.

Selepas melahirkan anak pula ibu memerlukan zat makanan tambahan yang diperlukan untuk menyusukan anak sehingga anaknya berhenti menyusu.

Penambahan berat badan pada peringkat awal kehamilan adalah disebabkan oleh simpanan tisu badan, pada peringkat pertengahan, ibu mula menyimpan lemak untuk tujuan penyusuan bayi. Dan pada dua bulan terakhir kehamilannya, tenaga diperlukan untuk penambahan berat badan janin.

Antara faktor yang menyebabkan berat badan meningkat semasa hamil dan menyusui ialah:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 14 Julai 2010

Resipi bolgang

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji labu siam -yang sederhana besarnya
5 biji terung telunjuk
5 biji jagung muda
10 ulas bawang merah -potong-potong
Garam secukup rasa
Lobak merah -jika suka

Cara membuatnya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 12 Julai 2010

Penyakit gangguan haid (Amenorrea)

Amenorrea bermaksud gangguan haid. Sama ada haid tidak pernah keluar(primary amenorrea), atau haid yang berhenti keluar(secondary amenorrea).
Gangguan haid ini normal jika berlaku ketika hamil atau menyusui bayi dan ketika seseorang wanita menghampiri masa menopaus.

Penyebab gangguan haid:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua awet muda cara tradisional

Kaum wanita tidak dapat dipisahkan dari kecantikan.
Kecantikan akan datang dengan sendirinya jika kesihatan dijaga dengan baik.
Namun seiring dengan peningkatan usia, perubahan gaya hidup, serta keadaan persekitaran memainkan peranan menjadikan wanita lebih cantik dan awet muda atau sebaliknya.

Beberapa petua lama yang boleh kita gunakan untuk menjaga kecantikan agar sentiasa awet muda diantaranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 6 Julai 2010

Faedah urutan wajah yang betul

Urutan ialah salah satu cara rawatan yang tertua dan paling berkesan dan banyak diamalkan dalam merawat badan dan muka. Ianya juga digunakan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan.

Bila dilakukan dengan betul, faedahnya sangat baik untuk melembutkan dan menegangkan kulit muka.
Biasanya dilakukan dengan menggunakan tangan atau alat Vibrator.

Untuk hasil yang memuaskan, urutan muka mesti dilakukan dengan teratur sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Gunakan krim muka, jangan menggunakan krim pembersih/cleansing milk. Ianya untuk memudahkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...