Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Isnin, 12 Julai 2010

Penyakit gangguan haid (Amenorrea)

Amenorrea bermaksud gangguan haid. Sama ada haid tidak pernah keluar(primary amenorrea), atau haid yang berhenti keluar(secondary amenorrea).
Gangguan haid ini normal jika berlaku ketika hamil atau menyusui bayi dan ketika seseorang wanita menghampiri masa menopaus.

Penyebab gangguan haid:



  • Tekanan jiwa dan emosi.
  • Hormon yang tidak seimbang.
  • Penyakit dalam kelenjar pituari atau ovari.
  • Ketumbuhan seperti barah/cancer dalam rahim atau pangkal rahim.
Kebiasaanya, hypothalamus (bahagian kecil otak di bahagian atas pituari) memberi isyarat pada kelenjar pituari untuk mengeluarkan hormon yang menyebabkan ovari mengeluarkan telur.

Jika penghasilan hormon ini terganggu, maka ianya boleh menyebabkan haid tidak teratur  atau tidak keluar langsung. Senaman yang berat juga boleh menyebabkan haid berhenti. 
Haid yang tidak hadir juga boleh disebabkan oleh penyakit pada uterus/saliran peranakan, seperti hydatidiform/tumor pada plasenta dan sindrom asherman's/parut didinding uterin disebabkan oleh jangkitan atau pembedahan.

Penyebab lain haid tidak hadir antaranya:

  • Kecacatan sewaktu dilahirkan dimana tiub fallopian tidak terbentuk dengan normal dan penyekit kromosom contohnya penyakit sindrom turner dimana sel-sel hanya mengandungi satu kromosom X bukannya dua seperti kebiasaannya.
  • Pseudohermaproditism pada lelaki dimana individu lelaki secara genetik telah berkembang menjadi wanita.
Bagi perempuan yang berumur 13 tahun hingga 16 tahun yang tidak pernah haid mesti mendapatkan pemeriksaan dokter untuk mengenal pasti penyebabnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan