Nufnang

Pengikut

Rabu, 21 Julai 2010

Petua awet muda dan cantik

Biasakan mencuci wajah menggunakan air embun pagi,dan air hujan yang turun pada malam jumaat.
Air hujan yang turun pada malam jumaat amat berkhasiat untuk melembutkan kulit wajah dan boleh menyegarkan badan serta mampu dijadikan ubat penyembuh pelbagai penyakit jika dibuat mandian pagi.

Jika susah mendapatkan embun atau air hujan dimalam jumaat boleh juga amalkan cara berikut;

Setiap pagi selepas bangun dari tidur sebelum mandi dan menggosok gigi amalkan minum air suam sambil membaca shalawat tiga kali. 
Lebih elok amalkan membaca selawat tiga kali ini setiap kali minum air suam tak kira siang ataupun malam,petua ini selalu diamalkan oleh arwah nenek saya sampai keakhir hayatnya. 
Saya nampak wajahnya selalu awet muda dan berseri walaupun usianya melebihi sembilan puluh tahun.

Bagi yang sudah terbiasa dengan rawatan kecantikan secara moden elok juga diteruskan dan dicampur dengan petua tradisional tentu hasilnya lebih baik lagi. 
Dan pastikan anda mendapatkan produk kecantikan yang diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia,ini untuk menjaga keselamatan diri sebagai pengguna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan:

  1. ustaz sy pn amalkn petua ni..mmg awet muda la die!

    BalasPadam
  2. Betullah, makcik sayapun amalkan petua ni...memang nampak awet muda n berseri je....

    BalasPadam