Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Isnin, 12 Julai 2010

Petua awet muda cara tradisional

Kaum wanita tidak dapat dipisahkan dari kecantikan.
Kecantikan akan datang dengan sendirinya jika kesihatan dijaga dengan baik.
Namun seiring dengan peningkatan usia, perubahan gaya hidup, serta keadaan persekitaran memainkan peranan menjadikan wanita lebih cantik dan awet muda atau sebaliknya.

Beberapa petua lama yang boleh kita gunakan untuk menjaga kecantikan agar sentiasa awet muda diantaranya:


  • Pengambilan jamu dua kali sehari baik untuk perjalanan darah. Sebaiknya waktu makan jamu pada pukul 10 pagi dan 4 petang.
  • Minum air akar kayu khasiatnya baik untuk ibu-ibu yang baru bersalin/melahirkan anak. Amalan minum jamu dan air rebusan akar kayu ini baik untuk kesihatan jangka panjang. Tetapi pastikan produk jamu dan akar kayu yang diminum berkualiti dan terjamin berkesan agar penggunaannya bermanfaat.
  • Ramai wanita mengalami masalah perut buncit. Salah satu punca/penyebabnya kerana makan berulam air iaitu makan sambil minum. Selain itu minum sambil berdiri juga merupaka tabiat yang kurang baik jika wanita ingin berperut padat. Ia bukan saja menyebabkan perut buncit, malahan faraj juga akan kembang. Jika keadaan terdesak (seperti minum ditepi jalan), cuba minum sambil bertinggung/mencangkung.
  • Minum air rebusan ibu kunyit bersama asam jawa seminggu sekali, untuk mempercepat kesembuhan luka selepas bersalin.
  • Wanita berpantang/selepas melahirkan juga dinasihatkan untuk memakai pakaian yang menutup tubuh badan untuk mengelakkan angin masuk kebadan melalui liang-liang roma. Pemakaian stoking/sarung kaki, pilis didahi, dan param di seluruh badan juga baik untuk mengelakkan angin masuk kedalam badan.
  • Rajin melakukan senaman juga sangat bermanfaat untuk kesihatan. Senaman dapat menjadikan badan lebih cergas, mengurangkan tekanan, melambatkan proses penuaan, menguatkan otot serta tulang dan mengawal berat badan. Senaman boleh dilakukan didalam rumah setiap pagi selepas bangun tidur. renggangkan segala otot, melompat dan berlari setempat selama 10 hingga 20 minit cukup untuk menjaga kecergasan.
  • Wanita yang ingin ihat dan cantik perlu berusaha demi kebaikan dirinya sendiri dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang telah menganugerahkan tubuh badan yang sempurna, cantik dan janganlah disia-siakan ciptaan Allah ini. Semua manusia Allah ciptakan cantik adanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan