Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Jumaat, 16 Julai 2010

Petua langsing selepas bersalin

Semasa hamil, bayi bergantung sepenuhnya pada ibu untuk makanannya. Oleh sebab itu cara pemakanan ibu amat penting.

Selepas melahirkan anak pula ibu memerlukan zat makanan tambahan yang diperlukan untuk menyusukan anak sehingga anaknya berhenti menyusu.

Penambahan berat badan pada peringkat awal kehamilan adalah disebabkan oleh simpanan tisu badan, pada peringkat pertengahan, ibu mula menyimpan lemak untuk tujuan penyusuan bayi. Dan pada dua bulan terakhir kehamilannya, tenaga diperlukan untuk penambahan berat badan janin.

Antara faktor yang menyebabkan berat badan meningkat semasa hamil dan menyusui ialah:


  • Paras hormon yang tinggi. Hormon semasa hamil meningkatkan pengumpulan lemak dan air dalam sel-sel badan. Jadi berat badan cepat naik.
  • Keadaan fizikal yang kurang aktif, kurang membakar lemak.
  • Makan mengikut nafsu, boleh makan tiga atau empat kali sehari tetapi dengan jumlah yang sedikit dan cukup mengandungi vitzmin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Penyakit kencing manis semasa hamil.
Penambahan berat badan yang ideal semasa hamil ialah 8-12 kg sepanjang kehamilan. Jika berat badan meningkat terlalu banyak, nanti susah untuk menurunkannya kembali ke bentuk asal selepas melahirkan.

Diet untuk ibu yang menyusui

Diet yang ideal bagi ibu yang menyusui ialah yang tinggi kandungan protein dan vitamin yang secukupnya.
Kalori juga harus dikira supaya ada penyusutan berat badan secara natural. Pengambilan kalori yang normal ialah sekitar 2500, kalau terlalu kurang takut nanti susu badan tak mencukupi dan kalau terlalu banyak, berat badan ibu akan naik mendadak.

Makanan yang tinggi protein contohnya: Ikan, tahu, tempe,kacang soya dan lain-lain. Dan makanan yang mengandungi vitamin yang tinggi seperti sayur-sayuran (bayam, lobak merah/carot, asparagus, dan kacang-kacangan). Jangan makan sayur yang sejuk sifatnya seperti timun, kangkung, dan daun pucuk ubi. Sekurang-kurangnya selama 3 bulan.

Vitamin D juga penting biasanya terdapat didalam susu, dan daging serta telur yang banyak mengandungi protein dan vitamin B serta ferum.

Kurangkan makanan yang bergoreng dan berlemak supaya berat badan cepat turun. Biasanya jika kita menyusukan bayi sepenuhnya, berat badan akan turun dengan cepat dan susah untuk gemuk dengan syarat jangan makan berlebihan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan:

  1. Hi tumpang lalu :)

    Untuk melangsingkan badan selepas bersalin, boleh try guna cakera pelangsing..

    2slimathome.blogspot.com

    BalasPadam