Nufnang

Pengikut

Selasa, 20 Julai 2010

Puasa dan diet

Puasa sebenarnya memberi banyak kebaikan pada tubuh kita. Selain boleh membantu untuk menurunkan berat badan secara semula jadi, diet yang betul diamalkan boleh diteruskan pada sepanjang bulan puasa dan bulan-bulan selepasnya.

Gangguan-gangguan kecil seperti mengantuk dan sakit kepala kadang kala berlaku saat kita berpuasa.
Keadaan ini biasa disebabkan oleh perubahan yang terjadi pada menu berbuka dan sahur.

Kebaikan puasa:



  1. Menyihatkan sistem pencernaan. Waktu kita berpuasa sistem pencernaan kita berehat selama 12-14 jam selama satu bulan. Hal ini menyebabkan kurangnya kerja-kerja pencernaan yang dilakukan oleh sistem pencernaan kita.
  2. Mengurangkan berat berlebihan. Puasa dapat mengurangkan lemak dan kegemukan. Rasa lapar bukan saja menyebabkan perut kosong, tetapi kadar gula dalam darah juga menurun. Dan akibatnya berat badan akan menurun dengan syarat masa berbuka janganlah balas dendam dengan makan sebanyak mana yang kita mahu.
  3. Memelihara tubuh dari kelebihan sisa-sisa zat yang tidak diperlukan. Semasa berpuasa, tubuh kita akan menggunakan zat-zat makanan yang tersimpan untuk bertindak membuang sel-sel yang rusak dan lemah  dari bagian tubuh yang sakit selanjutnya memberi kesempatan kepada sel-sel tubuh untuk menjadi lebih aktif.
  4. Melindungi dari masalah gula. Puasa secara semula jadi dapat menurunkan kadar gula dalam darah. Keadaan ini menyebabkan pangkreas yang menghasilkan insulin berehat. 


Diet cegah sakit kepala:


  • Hindari makan makanan yang berpotensi untuk menyebabkan sakit kepala seperti daging yang diawetkan, coklat, MSG/bahan penyedap rasa makanan, dan ais krim. Jika teringin sangat makan, makanlah sedikit saja atau jauhi makanan-makanan ini.
  • Lebihkan memakan ikan, asid lemak omega 3 yang terdapat dalam minyak ikan dapat mengurangkan migrain. Ikan juga merupaka sumber protein yang lebih mudah dicerna berbanding ayam atau daging.
  • Elakkan mengambil teh, kopi, minuman yang mengandungi coklat. Kafein yang terkandung didalamnya boleh menyebabkan sakit kepala.
  • Minumlah jus buah seperti epal, pir, pic, oren, susu rendah lemak, yogurt, teh herba, roti gandum telur dadar.
  • Tidur yang cukup boleh mengurangkan sakit kepala.
  • Minum multi Vitamin yang mengandungi Vitamin B dan anti oksida, jika kurang vitamin tersebut boleh menyebabkan migrain/sakit kepala.
  • Elakkan cuka kecuali cuka putih, cuka epal, mustard dan mayonis.
  • Jangan makan makanan yang terlalu masin seperti telur masin, Ambil sedikit saja jika teringin.
Selain pahala yang terlalu banyak kita dapat dengan berpuasa, kebaikannya juga sangat banyak untuk badan kita, marilah kita lakukan puasa dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat segala kebaikan dan pahalanya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan