Nufnang

Pengikut

Rabu, 14 Julai 2010

Resipi bolgang

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji labu siam -yang sederhana besarnya
5 biji terung telunjuk
5 biji jagung muda
10 ulas bawang merah -potong-potong
Garam secukup rasa
Lobak merah -jika suka

Cara membuatnya:


  1. Bersihkan kesemua sayur-sayuran, kemudian potong-potong mengikut suka.
  2. Didihkan air kemudian masukkan garam dan bawang merah yang dipotong.
  3. Masukkan sayur-sayuran yang siap dibersihkan dan dipotong.
  4. Apabila sudah mendidih, angkat dan hidangkan panas-panas.
Hidangan ini bagus untuk mereka yang sedang berdiet dan ingin menjaga penampilan kerana banyak mengandungi vitamin dan mineral serta kurang lemak kerana tidak menggunakan minyak.

Bolgang

Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan:

  1. knp di panggil bolgang ye..first time sy dgr..huhu..resepi dr mn ni..

    BalasPadam