Nufnang

Pengikut

Isnin, 23 Ogos 2010

Merawat jerawat

Jerawat mungkin agak susah untuk dirawat jika sudah tumbuh diwajah anda.
Ada kalanya sewaktu masih anak dara/gadis anda tidak diserang jerawat langsung, tetapi setelah berumah tangga pula tiba-tiba banyak jerawat. Ada juga yang ketika gadis banyak jerawat, bila sudah berumah tangga tiba-tiba pula jerawat hilang dan muka licin.


Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan hohormon yang berlebihan.
Tetapi biasanya jerawat yang disebabkan hormon akan hilang dengan sendirinya jika dirawat dan jijaga dengan betul.

Anda perlu mengawal segala pergerakan anda agar jangan terlalu terdedah kepada cahaya matahari,  habuk/debu, dan kurangkan makan makanan yang berminyak dan berlemak. Jangan picit jerawat anda sesuka hati terutama bila tangan anda belum dibersihkan.

Jerawat boleh dipicit untuk mengeluarkan nanah sewaktu sedang menghasilkan nanah/bengkak.
Jangan tunggu jerawat kering/terlalu masak baru dipicit, ianya boleh menyebabkan muka anda bopeng dan berlubang. Picitlah jerawat dengan cara yang betul, menggunakan besi extractor/besi yang digunakan khas untuk mencongkel jerawat.

Selepas itu bersihkan muka anda dengan air suam yang bercampur tawas atau boleh juga gunakan pencuci muka anda yang sesuai untuk kulit berjerawat. Selepas itu jangan lupa sapukan penyegar khas untuk kulit berjerawat ini untuk menghilangkan kuman dan menutup kembali lian roma yang terbuka ketika jerawat dikorek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan