Nufnang

Pengikut

Sabtu, 7 Ogos 2010

Merawat rambut bercabang

Rambut adalah salah satu daripada imej diri seseorang.
Rambut yang kemas/rapi dan sentiasa berseri menampilkan kejelitaan anda.
Bentuklah wajah anda serta imej diri anda melalui rambut.

Wajah akan kelihatan kurang ceria jika tidak dijaga dengan baik.
Walaupun memakai tutup kepala atau jilbab/tudung, keindahan dan kebersihan rambut juga perlu sentiasa dititik beratkan.
Jika rambut bercabang, tentu saja kita mesti berusaha untuk merawatnya.


Cara merawat rambut bercabang

Bahan-bahannya:

- Daun inai
- Sedikit air

Caranya:

- Ambil daun inai kira-kira dua genggam
- Tumbuk sehingga lumat
- Campurkan dengan sedikit air
- Sapukan keseluruh kulit kepala dan rambut
- Biarkan selama setengah jam kemudian cuci rambut seperti biasa

Daun inai ini selain boleh mencegah rambut bercabang, juga boleh mengubati rambut berbuah. Ianya dapat mencantikkan rambut dan rambut akan berwarna keperangan, jadi anda tidak perlu mewarnakan rambut dengan bahan pewarna kimia yang boleh merosakkan rambut jika digunakan dalam masa yang lama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 ulasan:

  1. cuci rambut deangan air ke atau dengan syampu?????

    BalasPadam
  2. Guna shampoo supaya bersih pastu bilaslah ngan air...tq

    BalasPadam
  3. Kalo gune inai debu effective x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je..cuma letak air..senang.

      Padam
  4. saya ingin mencari petua rambut bercabang,sudah berapa kali saya gunting rambut bercabang tetapi masih lagi ad...macam mana saya ingin mengubati rambut says ini..to;ong bantu saya..terima kasih

    BalasPadam