Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Sabtu, 7 Ogos 2010

Rahsia tulisan tangan (Dr. Fadzilah kamsah).

Beberapa rahsia yang tersirat dari cara menulis tulisan tangan antaranya:

1. Tekanan

* Tekanan yang kuat.
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas debahagian belakang kertas.
Sifatnya: Sihat, cergas, pantas/cekap/cepat, dan sedikit agresif.

* Tekanan yang ringan.

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas di bahagian belakang kertas.
Sifatnya: Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit, sensitif.

2. Bentuk tulisan

* Tulisan yang bulat-bulat. (Semua huruf ditulis dengan bulat-bulat).
Sifatnya: Emosional, prihatin, pengasih, penyayang, kepekaan tinggi, dan banyak menggunakan otak sebelah kanan (otak kreatif).

* Tulisan yang tajam-tajam/leper-leper. (Tulisan yang angular dan sharp).
Sifatnya: Rasional, bekerja dengan sistematik,pandai mengurus, dan banyak menggunakan otak sebelah kiri (otak logika).

3. Kecondongan.

* Condong ke kanan
Sifatnya: Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat/informasi dengan orang, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menampakkan kasih sayang, berani pemurah.

* Condong kekiri.
Sifatnya: Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu tak suka berubah, amat setia pada kekasih, keluarga, organisasi, dan negara, tetapi tak suka campur orang.

* Tegak.
Sifatnya: Sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak tahu cari kawan, sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah.

* Campur-campur.
Sifatnya: Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan. (Maaf jangan marah...)

4. Kerapatan.

* Jarang-jarang.
Sifatnya: Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

* Rapat-rapat.
Sifatnya: Suka campur orang, amat bergantung pada orang lain, jimat/hemat, kedekut/pelit.

5. Pada huruf J,G,Y,Z

* Ada ekor.
- Besar, panjang dan sempurna.Sifatnya: Tahap emosi yang dipamerkan jelas, pengasih, penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, rajin orangnya.

- Kecil pendek dan tak sempurna. Sifatnya: Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang, banyak berdiam diri.

6. Pada palang huruf kecil T(t).

* Tinggi
Sifatnya: Tahap aspirasi tinggi.

* Rendah
Sifatnya: Mudah berpuas hati, cita-cita rendah.

* Tengah-tengah
Sifatnya: Usaha dan tahap pencapaian ditahap sederhana.

Rumusan:
Tulisan mencerminkan peribadi, kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup. InsyaAllah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan:

  1. pada fikiran saya menulis dengan tekanan yang kuat menyebabkan saya tidak boleh menulis dalam kuantiti yang banyak lagipun ia akan membazirkan dakwat pen, pen akan cepat rosak, tangan menjadi sakit, daya kelajuan untuk menulis akan menjadi pelahan, di kertas akan tertinggal bekas dan merosakkan keadaan buku jadi minat untuk mengadap buku tersebut akan berkurangan. So saya sengaja mengurangkan tekanan semasa menulis jadi lama- kelamaan ia menjadi biasa.

    BalasPadam