Nufnang

Pengikut

Ahad, 30 Januari 2011

Petua mengubat ruam bayi

Biasanya bayi akan merasa tidak selesa jika badannya terkena ruam/tanda-tanda merah dibadan ataupun muka. Bayi akan sering menangis, dan keadaan ini tentu saja akan memeningkan kepala kita.
Untuk mengelakkan dan mengubati ruam bayi maka ikuti saja petua berikut.

Rebus asam keping/gelugur/asam kandis yang sudah dihiris nipis bersama dengan daun sirih.
Amalkan selama 7 hari.
InsyaAllah kulit bayi anda akan menjadi cantik, halus dan tidak akan mengalami ruam lagi.
Lakukan setiap kali bayi anda mengalami ruam. Seelok-eloknya jangan menggunakan bedak sebab akan menyebabkan kulit bayi anda semakin rengsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua untuk ramping

Untuk mendapatkan badan yang ramping tidak semestinya memerlukan belanja yang besar, yang penting mesti rajin dan rutin mengikuti petua dibawah ini:

Ambil satu sudu besar/sdm biji selasih dan rendam semalaman.
Keesokan paginya jadikan minuman.
Amalkan minum air selasih ini setiap hari.
InsyaAllah berat badan anda akan turun dan cita-cita anda untuk memiliki badan yang ramping akan tercapai jika rutin mengamalkannya.

Selamat mencuba....!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 29 Januari 2011

Petua menghilangkan angin dalam badan

Untuk menghilangkan angin dalam badan.
Bahan-bahannya:

- 100 gram halia/jahe.
- 2 batang serai.
- Sekeping gula melaka/gula merah.
- Sebatang kulit kayu manis.
- Beberapa kuntum bunga lawang.
- Beberapa biji bunga cengkih.
- Secubit garam.

Caranya:

- Rebus semua bahan-bahan ini sehingga mendidih. Minum airnya setiap pagi dan malam dan amalkan 3 kali seminggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua kempiskan perut (selepas bersalin)

Dibawah ini adalah petua untuk mengempiskan/melangsingkan perut bagi wanita yang baru lepas bersalin/melahirkan.

* Ambil asam jawa bersama sedikit kapur sirih.
Masukkan sedikit air dan masak sehingga pekat/kental. Dinginkan/sejukkan kemudian sapukan diperut anda, selepas itu pakailah bengkung.
Lakukan setiap kali sebelum makan dan seelok-eloknya selama 40 hari.

InsyaAllah sangat berkesan dan anda akan suka dengan hasilnya kalau rutin mengerjakannya.
Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua menghilangkan panau

Untuk menghilangkan panau ikuti saja cara dibawah ini:

- Ambil beberapa hiris lengkuas dan tumbuk kasar.
- Campurkan lengkuas tadi dengan sedikit cuka makan dan secubit garam.
- Gosokkan ditempat yang ditumbuhi panau dan biarkan selama setengah jam.
- Kemudian basuh/cuci dan lakukan 3 kali seminggu insyaAllah panau akan hilang.

Terima kasih....!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memecahkan lemak wanita dalam pantang

Bahan-bahannya:

- Ubi cekur.kencur
- Bedak sejuk.

Caranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 28 Januari 2011

Cara menghalang peningkatan kalori dalam badan

Untuk menghalang peningkatan kalori dalam badan, anda perlu mengurangkan belanja lebih terhadap makanan tertentu, menyertai aerobik, berjoging dan bersenam, atau sanggupkah anda membuang uang yang banyak semata-mata untuk mengikuti kaedah dipusat-pusat rawatan?...

Mungkin bagi yang mempunyai uang yang lebih boleh sahaja berbuat macam tu, tapi ada cara yang selamat dan menjimatkan untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman anda antaranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua untuk menguatkan zakar

Bahan-bahannya:

- 6 biji kenari/kemiri/buah keras dikupas dan tumbuk sampai hancur.
- Tangkai jambu air muda sebatang. Keringkan lalu cincang  dan tumbuk sampai halus.
- 1 sudu makan/sdm madu lebah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua membanyakkan air mani/sperma

Untuk memperbanyakkan air mani/sperma boleh juga ikuti cara dibawah ini.
Masak buah kismis bersama dengan susu lembu segar hingga bersatu dan sebati.
Setelah semua bahan bercampur, bolehlah sejukkan dan jadikan makanan pada setiap pagi semasa sarapan.

InsyaAllah jika rutin mengerjakannya faedahnya akan memperbanyakkan air mani/sperma lelaki.

Selamat mencuba....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengatasi keresahan dan mendapatkan ketenangan jiwa - Mohd Zawawi Yusoh

Ketenangan jiwa bukannya mudah dicari. Ramai yang sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya. Ramai juga yang menggunakan cara yang salah semata-mata untuk mendapatkan ketenangan. Seperti pergi kepusat-pusat hiburan, meneguk minuman keras. Ada juga yang mengahabiskan uang yang banyak untuk mendapatkan pil penenang, namun ketenangan yang dicari tak kunjung tiba, malah semakin banyak pula masalah lain yang timbul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 27 Januari 2011

Petua merangsang syahwat lelaki

Halia bara/jahe merah terkenal sebagai herba yang mampu merangsangkan syahwat lelaki. Ia juga dipercayai secara tradisi mampu memanaskan badan, serta membuang angin yang berlebihan didalam badan. Minuman yang dibuat dari halia bara ini amat sesuai untuk diminum oleh lelaki bagi mencergaskan bahagian dalaman badan.

Cara-caranya:

- Sebuku besar halia bara/jahe merah yang telah dibersihkan ditumbuk hingga hancur.
- Rebus selama setengah jam.
- Campurkan dengan satu sudu makan madu lebah.
- Minum dua ataupun tiga kali seminggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasihat dan panduan untuk menjaga kelelakian

Ada beberapa panduan yang berguna untuk menjaga kelelakian agar sentiasa sihat. Antaranya:

- Jangan terlalu banyak minum air kelapa kerana ianya boleh melemahkan syahwat. Jikalau ingin minum air kelapa seelok-eloknya minumlah air kelapa yang dibakar terlebih dahulu, ianya baik untuk menyegarkan badan, menambah tenaga dan menguatkan pinggang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mengembalikan stamina lelaki

Kaum lelaki pasti merasakan betapa perlunya membuktikan kepada pasangannya akan kemampuan, kematangan, kegagahan dan kejantanannya. Kegagalan memuaskan pasangan sedikit sebanyak akan mencalarkan keegoan lelaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 26 Januari 2011

Poligami: Pro dan Kontra

Jika bercakap pasal poligami mesti ramai wanita yang tak senang duduk dan ramai juga yang menentangnya. Bahkan juga dikalangan lelaki ramai juga yang tidak bersetuju dengan poligami. Dan tentu sahaja ramai juga yang senyum sampai ketelinga bila bercakap pasal poligami ni. Poligami telah menjadi polemik yang tak habis-habis  menjadi bualan dikalangan lelaki dan juga wanita-wanita yang mungkin pernah menjadi mangsa, ataupun bakal mejadi mangsa.

Kenapa saya katakan mangsa? Sebab rata-rata yang menjalani hidup berpoligami tidak bahgia ( ini hanya berdasarkan pendapat peribadi dan dari kawan-kawan yang terlibat ). Hanya segelintir yang hidup rukun aman damai bersama madu dan anak masing-masing. Semuanya bergantung kepada suami. Macam mana cara suami mengendalikan rumah tangga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kes bunuh bayi dan buang bayi makin menjadi

Apa nak jadi sekarang ni....tentu itu pertanyaan yang selalu bermain difikiran kita. Semakin banyak kes buang bayi berlaku kebelakangan ini. Ada bayi yang dibuang kedalam tong sampah macam tu je, ada pulak yang dibuang kesungai, yang ditanampun ada juga berlaku.

Kebanyakan bayi yang comel, cantik dan tak berdosa itu sudah meninggal dunia  semasa ditemukan. Hanya segelintir yang masih hidup sebab ada orang yang kebetulan terjumpa, itupun sudah penuh diharung lalat dan semut. Itu belum lagi masuk kes anak gadis yang melahirkan anak tanpa sah taraf/anak luar nikah. Jumlahnya mencecah ratusan kes setiap tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 24 Januari 2011

Petua kecutkan peranakan

Selepas bersalin/melahirkan, tentu saja kita ingin badan kita cepat kembali kebentuk asal.
Jika peranakan/rahim kita lambat kecut tentu lambat pula nak kembali langsing. Apalagi jika sudah masuk angin, maka akan lebih lambatlah peranakan kita nak kecut.

Dibawah ini saya berikan petua macam mana nak mengecutkan peranakan dengan cepat dan berkesan, yang penting rajin  berusaha dan yakin boleh.
Apalagi jika ikut cara berpantang yang betul maka tidak ada masalah nak kembali langsing dan cantik.

Caranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Elakkan rekahan perut ketika hamil

Bagi yang baharu sahaja nak hamil ataupun sedang hamil, tentu tak ingin nanti kalau kulit perut merekah dan pecah-pecah selepas melahirkan bukan...? Sebab sekali tanda merekah sudah ada, maka susah nak menghilangkannya.

Apapun, sebelum terjadi ianya boleh dicegah.

Ini caranya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menghilangkan daki dibadan

Kadangkala meskipun kita rajin membersihkan badan semasa mandi, daki yang degil terkadang masih juga melekat kat badan terutama kat kawasan pelipatan badan seperti belakang betis, lutut, ketiak,  dan siku. Malahan juga dikawasan dalam peha/paha.

Kecuali kalau kita rajin ke spa/salon kecantikan dan rawatan badan mungkin masalah daki dibadan jarang berlaku, selalunya sebab kesibukan kita tak sempat nak memanjakan diri. Iyalah...baru nak mandi anak dah menangis dan melalak jawapannya mandi itiklah...!

Tetapi ditengah-tengah kesibukan itu, kita mestilah mencuri masa untuk memanjakan diri kita. Sebab kita mesti sayang dan menjaga diri kita terlebih dahulu baru boleh menjaga keluarga, suami dan anak-anak yang berbagai macam ragamnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 23 Januari 2011

Mengetatkan otot-otot badan dan payudara

Assalamualaikum semua, apa kabar...!

Maafkan saya sebab sudah lama tak mengemas kini blog saya ini. Maklumlah banyak hal yang berlaku pada diri saya akhir-akhir ini. Mak saya yang tersayang baharu sahaja meninggal dunia, jadi saya susah mencuri masa untuk menulis. Banyak benda saya kena uruskan dan setelah selesai semuanya baharulah saya bersedia untuk menulis lagi.

Kali ini saya akan berkongsi rahsia macam mana nak mengetatkan otot-otot badan dan payudara yang dah mula kendur dimamah usia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...