Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Jumaat, 28 Januari 2011

Cara menghalang peningkatan kalori dalam badan

Untuk menghalang peningkatan kalori dalam badan, anda perlu mengurangkan belanja lebih terhadap makanan tertentu, menyertai aerobik, berjoging dan bersenam, atau sanggupkah anda membuang uang yang banyak semata-mata untuk mengikuti kaedah dipusat-pusat rawatan?...

Mungkin bagi yang mempunyai uang yang lebih boleh sahaja berbuat macam tu, tapi ada cara yang selamat dan menjimatkan untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman anda antaranya:

- Tetapkan dalam fikiran untuk sentiasa mencapai segelas air suam setiap kali anda teringin makan/mengudap snek. Air boleh membuatkan kita merasa kenyang.
- Simpanlah stok makanan yang sedikit, selain menjimatkan uang anda juga akan dapat menghalang cubaan-cubaan untuk menyelongkar mencari makanan.
- Buat sesuatu yang memberi anda motivasi untuk kurus seperti tampal gambar anda ketika belasan tahun akan dapat memberi semangat untuk menurunkan berat badan.
- Kerap gunakan rempah seperti halia/jahe, lada sulah/merica, lada hitam sos tobasco yang dapat meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 25% - sumber dari University Kyoto Japan.
- Dapatkan tidur yang cukup.
- Senaraikan apa yang mahu dibeli untuk mengelakkan belanja produk makanan secara keterlaluan.
- Hindari makan diwaktu malam, percepatkan waktu makan anda dan tidur awal boleh mengelakkan anda dari makan lewat malam.
- Jangan sesekali lupa mengambil sarapan supaya anda tidak makan keterlaluan pada waktu tengah hari.
- Pilih snek yang betul seperti biskut jagung tanpa gula, ketika anda terasa ingin mengunyah makanan.
- Dengarkan muzik yang memberikan ketenangan pada jiwa anda akan dapat mengurangkan mood makan berlebihan.
- Minum teh hijau 3 atau 4 cawan sehari untuk membantu mempercepatkan metabolisma badan. Kaloripun akan dibakar lebih cepat.
- Perhatikan apa yang anda makan, ketepikan semua jenis makanan ketika anda menonton TV atau membuat aktiviti santai yang lainnya.
- Peruntukkan masa selama 20 minit untuk berjalan diluar rumah pada petang hari, Sekurang-kurangnya ianya boleh membantutkan keinginan anda untuk mencari sumber makanan, jangan pulak berjalan kekedai makan.
- Bila anda kekompleks membeli belah pesanlah salad, yogurt atau air kacang soya yang boleh mengenyangkan anda.

Selamat mencuba...nak kurus kena berusaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan