Nufnang

Pengikut

Rabu, 26 Januari 2011

Kes bunuh bayi dan buang bayi makin menjadi

Apa nak jadi sekarang ni....tentu itu pertanyaan yang selalu bermain difikiran kita. Semakin banyak kes buang bayi berlaku kebelakangan ini. Ada bayi yang dibuang kedalam tong sampah macam tu je, ada pulak yang dibuang kesungai, yang ditanampun ada juga berlaku.

Kebanyakan bayi yang comel, cantik dan tak berdosa itu sudah meninggal dunia  semasa ditemukan. Hanya segelintir yang masih hidup sebab ada orang yang kebetulan terjumpa, itupun sudah penuh diharung lalat dan semut. Itu belum lagi masuk kes anak gadis yang melahirkan anak tanpa sah taraf/anak luar nikah. Jumlahnya mencecah ratusan kes setiap tahun.

Baru-baru ni seorang wanita menikan bertubi-tubi bayi yang baru dilahirkannya.Walau apapun alasannya, tak wajar bayi yang sepatutnya disayangi dan dijaga dicabut riwayatnya begitu sahaja. 
Seorang wanita ditempat lain dituduh membunuh bayinya yang dibuang kedalam tandas/toilet. Apapun keputusan mahkamah nanti sama ada dia disabitkan bersalah ataupun tidak, dia sepatutnya tidak melakukan hal itu.

Mungkin juga kerana tekanan perasaan yang dihadapi oleh siibu telah menyebabkannya melakukan sesuatu yang sangat keji dan kejam seperti itu. Tetapi dimalaysia ini banyak saluran yang boleh digunakan untuk kaunseling dan meminta nasihat jika merasa diri tak mampu lagi mengawal diri, maka bantuan orang ketiga diperlukan. Yang paling penting pertama sekali mintalah bantuan keluarga, ibu dan ayah atau adik-beradik yang lain.

Kita sebagai ibu juga merasa takut dan cemas dengan masa hadapan anak-anak kita yang tak tahu lagi macam mana nantinya. Harapan kita sebagai ibu dan ayah tentu ingin melihat anak-anak kita berjaya dan mempunyai budi pekerti yang luhur yang tak mudah tergoda dengan persekitaran yang tak baik. Kawan-kawan memainkan peranan penting juga, kita mesti mengambil tahu dengan siapa anak kita berkawan dan kemana dia pergi dan apa kegiatannya diluar rumah. Kita juga mesti mengawal laman web apa yang anak kita layari, sebab dengan kecanggihan teknologi sekarang ni semakin mudah untuk melayari laman web lucah/porno yang juga menjadi salah satu sebab keruntuhan moral para remaja.

Kita sebagai ibu bapa wajib mengawal segala tindak tanduk anak-anak kita.
Bukannya untuk menjadi seperti polis, tetapi dengan demikian kita sedikit sebanyak dapat mengawal anak-anak kita. Agar jangan terlalu mudah terjerumus melakukan benda yang tak elok. Jangan terlalu memberi kebebasan kepada anak, tetapi jangan pula terlalu mengongkong.

Ajarkan anak kita sedari kecil lagi untuk bersikap jujur dengan segala perbuatan yang dilakukan, jadi kemungkinan untuk dia jujur bila dah besar juga tinggi...Didikan agama juga menjadi elemen yang penting untuk memastikan anak kita tahu baik buruk sesuatu perkara yang dilakukan. Kemudian setelah segalanya kita lakukan kita hanya boleh berdoa setiap hari supaya anak-anak kita menjadi insan yang taat pada Allah dan juga taat pada ibu bapa dan menjaga tata susila dalam pergaulan.....

Harapan kita amat tinggi untuk anak-anak kita.
Merekalah permata hati kita.
Luangkan masa untuk mereka sedari mereka kecil lagi. Meskipun susah nak mencuri masa sebab kesibukan ibu bapa yang terpaksa bekerja, seboleh-bolehnya luangkanlah masa untuk mengenali anak-anak kita. Marilah kita sama-sama membina masa hadapan yang cemerlang untuk anak-anak kita.

Terimakasih....jumpa lagi ...! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan