Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Jumaat, 28 Januari 2011

Mengatasi keresahan dan mendapatkan ketenangan jiwa - Mohd Zawawi Yusoh

Ketenangan jiwa bukannya mudah dicari. Ramai yang sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya. Ramai juga yang menggunakan cara yang salah semata-mata untuk mendapatkan ketenangan. Seperti pergi kepusat-pusat hiburan, meneguk minuman keras. Ada juga yang mengahabiskan uang yang banyak untuk mendapatkan pil penenang, namun ketenangan yang dicari tak kunjung tiba, malah semakin banyak pula masalah lain yang timbul.

Banyak perkara yang menyebabkan seseorang merasa tertekan, kecewa dan kacau fikiran. Apabila tekanan perasaan yang dialami sudah tak terkawal, mereka yang menderita kerap melakukan tindakan diluar akal fikiran manusia. Namun Islam memberikan ubat dan penawar yang terbaik untuk mendapatkan ketenangan jiwa, antaranya:

- Membaca dan menengarkan Al-Quran.
- Menyayangi orang miskin. Rasullullah memerintahkan kepada Muslim yang mempunyai kelebihan harta untuk rajin-rajin bersedekah kepada yang miskin. Agar kita mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan dari Allah.
- Melihat orang yang dibawah jangan lihat orang yang diatas kita. Maknanya kita mesti sentiasa bersyukur atas segala yang Allah telah berikan kepada kita meskipun sedikit sebab masih ramai lagi orang yang tak mendapatkan apa yang kita telah miliki. 
- Menjaga silaturrahim. Silaturrahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki. Hubungan baik dengan keluarga, mahupun dengan jiran tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan baik juga dapat menghilangkan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan lain-lain.
- Banyakkan membaca LAA HAULA WA LAA QUWWATAA ILLAA BILLAAH. Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan menyebabkan jiwa menjadi kuat, tidak mudah goyah dan tergoda dengan perkara yang tak baik, Apabila kita lalai akan membuka peluang bagi syaitan untuk mempengaruhi fikiran kita.
- Mengatakan yang benar walaupun susah. 
- Jangan perdulikan celaan, umpatan dan hinaan orang lain asalkan apa yang kita lakukan benar kerana Allah, dan kita tak menyakiti hati orang lain.
- Hindarkan meminta sesuatu dari orang lain. Kalau boleh sebab tangan yang diatas lebih mulia dari tangan yang dibawah.
- Jauhi hutang.
- Selalu berfikiran positif. Yakinlah bahawa disebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh kita jadikan pengajaran. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan: