Nufnang

Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

Mengembalikan stamina lelaki

Kaum lelaki pasti merasakan betapa perlunya membuktikan kepada pasangannya akan kemampuan, kematangan, kegagahan dan kejantanannya. Kegagalan memuaskan pasangan sedikit sebanyak akan mencalarkan keegoan lelaki.

Bukan mudah hendak melayari bahtera rumah tangga jika tidak ada persefahaman dan sikap tolak ansur diantara pasangan. Sama ada suami ataupun isteri tentunya inginkan hubungan kelamin/seksual yang luar biasa. Jangan sampai hubungan yang sepatutnya menggairahkan, menyenangkan dan menyeronokkan ini menjelma menjadi suatu masalah.

Hubungan kelamin/seksual merupakan sesuatu yang rutin bagi pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Adakalanya setelah sekian lama bersama ianya menimbulkan kebosanan, baik bagi pihak isteri ataupun bagi pihak suami sendiri. Hal ini tidak seharusnya terjadi, cubalah berusaha untuk mengetahui puncanya. Elok juga untuk mengetahui rangsangan apa yang boleh membuatkan pasangan lebih gairah untuk bercinta.

Jangan cepat-cepat menolak ajakan suami/isteri untuk bermesra sekalipun tidak melakukan hubungan kelamin.
Sekedar duduk berehat bersama-sama sambil bersenda gurau dan bertukar-tukar idea, diselami dengan jenaka ringan ataupun sekedar berborak kosong akan membuatkan isteri rasa dihargai dan disayangi.
Membangkitkan gairah pasangan tak semestinya menggunakan cara baru yang mengejutkan, sebaliknya cukup menerusi bahasa tubuh yang hanya difahami oleh anda berdua mampu mengungkapkan erti tersirat.

Sebaiknya jangan terlalu gairah untuk mencuba produk untuk lelaki yang berlambak dipasaran sekarang ini yang belum tentu berkesan apalagi produk yang dijual dikaki lima yang dikatakan mampu mengembalikan stamina lelaki. Ianya mungkin sahaja boleh menyebabkan masalah bertambah teruk dan mungkin mengandungi kesan negatif yang menyebabkan toksin terkumpul di alat reproduksi/alat kelamin.

Antara ubat-ubatan dan bahan kimia yang boleh merosakkan alat reproduksi/alat kelamin lelaki antaranya: rokok, alkohol, marijuana/ganja, kokain dan anabolik steroid, heroin yang dapat menyebabkan ketidaksuburan, mengurangkan bilangan sperma dan melemahkan badan dan otak.

Jika terdapat masalah yang hanya anda dan isteri sahaja yang tahu sebaik-baiknya berjumpalah dengan dokter sakit tuan, elakkan mengurut ianya akan lebih menambah masalah jika tersalah urut.
Jagalah keharmonian rumah tangga denga menjaga stamina dan hindari segala perkara yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesuburan. Pemakanan juga perlu dijaga agar tidak mudah dihinggapi penyakit seperti jantung, darah tinggi dan diabetes yang menjadi pembunuh utama.

Sama-samalah kita jaga diri, jaga keluarga dan jaga masa hadapan kita...
Terima kasih...jumpalagi...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan