Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Ahad, 23 Januari 2011

Mengetatkan otot-otot badan dan payudara

Assalamualaikum semua, apa kabar...!

Maafkan saya sebab sudah lama tak mengemas kini blog saya ini. Maklumlah banyak hal yang berlaku pada diri saya akhir-akhir ini. Mak saya yang tersayang baharu sahaja meninggal dunia, jadi saya susah mencuri masa untuk menulis. Banyak benda saya kena uruskan dan setelah selesai semuanya baharulah saya bersedia untuk menulis lagi.

Kali ini saya akan berkongsi rahsia macam mana nak mengetatkan otot-otot badan dan payudara yang dah mula kendur dimamah usia.
Bahan-bahannya:

- Ibu kunyit ( seketul sebesar 2 inci )
- Asam jawa secukupnya ( kira-kira sebesar ibu jari ).
- Lada putih kira-kira dalam dua puluh biji.
- Sirih 5 atau 7 helai.
- Biji manjakani/biji kani kira-kira 7 biji.
- Gula merah sedikit ( boleh juga digantikan dengan madu kalau suka).
- Telur ayam kampung.
- Kulit pinang muda ( kalau ada).

Lada Putih


Caranya:

- Rebus semua bahan kecuali : telur ayam kampung.
- Tapis semua bahan yang sudah direbus tadi, dinginkan/sejukkan.
- Pecahkan telur ayam kampung dan kacau di gelas ataupun cawan setelah itu tuangkan bahan rebusan tadi.
- Minumlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
- Boleh juga rebus bahan-bahan tadi dalam jumlah yang agak banyak supaya boleh disimpam dalam peti sejuk/kulkas. Jadi boleh digunakan dalam tempoh seminggu.

Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang baik dan memuaskan.

Terima kasih dan semoga bermanfaat...! Jumpa lagi..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 ulasan:

  1. takziah sy ucapkan. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan bertaqwa, di salah satu taman dari taman2 syurga...selalulah hadiahkan alfatihah serta mendoakannya di sana -k.ita

    BalasPadam
  2. Innalillah.. Tabahkan hati sukma..

    BalasPadam