Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Isnin, 24 Januari 2011

Menghilangkan daki dibadan

Kadangkala meskipun kita rajin membersihkan badan semasa mandi, daki yang degil terkadang masih juga melekat kat badan terutama kat kawasan pelipatan badan seperti belakang betis, lutut, ketiak,  dan siku. Malahan juga dikawasan dalam peha/paha.

Kecuali kalau kita rajin ke spa/salon kecantikan dan rawatan badan mungkin masalah daki dibadan jarang berlaku, selalunya sebab kesibukan kita tak sempat nak memanjakan diri. Iyalah...baru nak mandi anak dah menangis dan melalak jawapannya mandi itiklah...!

Tetapi ditengah-tengah kesibukan itu, kita mestilah mencuri masa untuk memanjakan diri kita. Sebab kita mesti sayang dan menjaga diri kita terlebih dahulu baru boleh menjaga keluarga, suami dan anak-anak yang berbagai macam ragamnya...
.maklum lelaki zaman sekarang ada je alasan nak komplen kat kita orang perempuan ye tak...?. Kalau suami jenis tak kisah takpelah jugak, tapi walaupun tak kisah kalau tercium bau tengik kat badan isteri, suami tahan nafaslah jawabnya...

Untuk menghilangkan daki cara tradisional dan murah ikut je cara dibawah ni....

Cara-caranya:

- Ambil segenggam beras dan basuh/cuci hingga bersih.
- Goreng tanpa minyak kemudian tumbuk/blender hingga halus.
- Setelah itu perahkan limau nipis kedalam beras yang telah ditumbuk  atau blender tadi.
- Gaulkan/campurkan hingga sebati/rata dan lumurkan ke seluruh badan anda urut-urutkan sedikit.
- Ianya bukan sahaja dapat menghilangkan daki malahan dapat menghaluskan kulit jika rutin melakukannya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Selamat mencuba.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

34 ulasan:

  1. satu biji je ke limau nipis

    BalasPadam
  2. satu biji je dah ckp....

    BalasPadam
  3. boleh ke hilang hitam di ketiah dan cela peha...???

    BalasPadam
  4. boleh...ini petua orang dulu2 menjaga kecantikan badan...mak saya dah tuapon kulitnya ttp cantik dgn petua ni.

    BalasPadam
  5. gorengnya selama berapa minit ya?

    BalasPadam
  6. Takyah goreng lama2, bila dah berwarna coklat tua/sedikit hitam maknanya cukuplah tu...

    BalasPadam
  7. terima kaseh cek sukma...:)

    BalasPadam
  8. cara sy senang je...lumurkan kapur sirih ke tempat yg berdaki, tggu smpai kering...pastu sental (jgn kuat2 nanti melecet plak). hasilnya daki hilang malah kulit akan kelihatan cerah.

    BalasPadam
  9. selalu jugak buat macam ni....beras pulut pun ok jugak, selain limau nipis bahan-bahan seperti tomato, timun, asam jawa, karot pun boleh dicampurkan....

    BalasPadam
  10. saya pernah mencobanya tetapi saat di blender itu tidak sanggup sampai halus, blenderan nya itu menggunakan air kan?

    setelah di gosokan malah acak"an lulrannya itu.. bagaimna solusinya

    BalasPadam
  11. Kalau nak halus, berasnya mesti direndam dulu bari diblender campur dengan bahan2 yang lainnya, letak air sikit ja...

    BalasPadam
  12. selapas hbis smua, kna tnggu brapa lama???

    BalasPadam
  13. Terima kasih dgn petua ini...sy ade masalh daki pada leher dan buku lali... Boleh gune cr yg sm ken?

    BalasPadam
  14. ya..boleh guna cara yang saama..

    BalasPadam
  15. ok ak try kalo xbleh siap ko.hehe

    BalasPadam
  16. ni boleh dgunakan utk daki mati juga ke?

    BalasPadam
  17. Hehe..utk daki mati pn blh. Tapi kenalah rajin sapu setiap kali mandi. Gunalah sebln ke dua bln baru hilang sume. Kalau guna sekali sekala je jgn harap nak hilang...heheh

    BalasPadam
  18. kalo nipis dgantikn dgn limau purut leh x?

    BalasPadam
  19. blender berah tu sapa hancur ko?smpai jd cam scrub eh?kno wat tiap2 ari ko?kalu guno bnde laen selain limau nipih tu buleh tok?

    BalasPadam
  20. Ya..kena blender spi hancur mcm scrub. Mula2 watlah hari2 dalam 2minggu pastu wat 2 hari sekalipon ckp. Selain limau nipis blh guna lemon atau sitrus atau limau purut atau asam jawapun blh gak.

    BalasPadam
  21. buat lelaki b0leh tak.

    BalasPadam
  22. salam cik sukma...bole x buat kt muka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, tapi jgn gosok kuat Sgt.

      Padam
  23. macam mne nak hilangkan kerak kat badan???
    macam kat bhgian atas ketiak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba je cara Kat atas tu tpi campurkan dg air limau nipis pastu sapu n gosok kat badan mcm scrub biasa.

      Padam
    2. Cuba je cara Kat atas tu tpi campurkan dg air limau nipis pastu sapu n gosok kat badan mcm scrub biasa.

      Padam
  24. Cik sukma.. Thanx a lot yaa.. Xyah susah2 nk peg spa daa.. Jimat waktu..

    BalasPadam
  25. kalau tdk pakai limau nipis tapi pakai limau kasturi ble kah..

    BalasPadam
  26. salamcik sukma..petua ni boleh x gosok pd bikini area?mksd sy tmpt sulit wanita?

    BalasPadam
  27. Btl bole elang ea

    BalasPadam