Nufnang

Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

Nasihat dan panduan untuk menjaga kelelakian

Ada beberapa panduan yang berguna untuk menjaga kelelakian agar sentiasa sihat. Antaranya:

- Jangan terlalu banyak minum air kelapa kerana ianya boleh melemahkan syahwat. Jikalau ingin minum air kelapa seelok-eloknya minumlah air kelapa yang dibakar terlebih dahulu, ianya baik untuk menyegarkan badan, menambah tenaga dan menguatkan pinggang.

Caranya: 

* Panggang sebiji kelapa muda yang telah dikupas ( tinggalkan hanya tempurungnya) diatas bara api sehingga permukaan buah mulai merekah atau retak-retak. Goncang agar isinya bercampur, tebuk dan minumlah sekali diwaktu tengah hari. Lebih elok gunakan kelapa muda yang masih berlendir jangan yang tua.

- Jangan terlalu banyak minum air batu/es dan air berkarbonat/bergas dipercayai boleh menyebabkan perut buncit.

- Banyakkan makan ulam-ulaman seperti daun selom, tenggek burung, beluntas, kemangi dan lain-lain. Ianya elok untuk penghidap kencing manis. Antara herba ulaman yang elok untuk lelaki ialah petai, jering, kerdas/kabau, dan daun misai kucing. Hanya sahaja baunya setelah makan agak kurang menyenangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan