Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Rabu, 26 Januari 2011

Poligami: Pro dan Kontra

Jika bercakap pasal poligami mesti ramai wanita yang tak senang duduk dan ramai juga yang menentangnya. Bahkan juga dikalangan lelaki ramai juga yang tidak bersetuju dengan poligami. Dan tentu sahaja ramai juga yang senyum sampai ketelinga bila bercakap pasal poligami ni. Poligami telah menjadi polemik yang tak habis-habis  menjadi bualan dikalangan lelaki dan juga wanita-wanita yang mungkin pernah menjadi mangsa, ataupun bakal mejadi mangsa.

Kenapa saya katakan mangsa? Sebab rata-rata yang menjalani hidup berpoligami tidak bahgia ( ini hanya berdasarkan pendapat peribadi dan dari kawan-kawan yang terlibat ). Hanya segelintir yang hidup rukun aman damai bersama madu dan anak masing-masing. Semuanya bergantung kepada suami. Macam mana cara suami mengendalikan rumah tangga.

Rata-rata alasan suami yang ingin berpoligami ialah mengikut sunah Nabi, kalau mengikut sunah nabi ikutlah betul-betul secara keseluruhannya. Rasulullah berpoligami setelah isteri yang amat disayanginya Syaidatina Khadijah meninggal dunia. Rasullullah menikahi janda-janda yang hilang tempat bergantung sebab suami mereka kebanyakannya meninggal dunia dimedan perang mempertahankan Islam. Sebab risau dengan masa depan mereka maka Rasulullah menikahi mereka. Ada juga wanita yang dinikahi oleh Rasullullah sebab untuk kepentingan perkembangan Islam. Hanya Syaidatina Aisyah sahaja isteri Rasullullah yang gadis/dara semasa dinikahi.

Kebanyakan lelaki ingin berpoligami sebab dah tertarik dengan rakan sepejabat yang berdahi licin, ataupun dah terjumpa wanita lain yang menarik hati senang cakap sebab nafsu semata-mata. Dengan alasan ikut Sunah Nabi lalu kahwin kat sempadan Thailand. Tak salah kalau ikut cara yang betul, ada juga wanita yang hidup berpoligami tetapi bahgia. Si suami tak pernah melebihkan isteri yang pertama ataupun yang kedua, semua dapat bahagian yang sama.  Walaupun dalam hati si suami siapa yangtahu, mungkin juga sebab suami menitik beratkan didikan agama untuk isteri-isterinya.
Bukan setakat ikut Sunah Nabi separuh-separuh, bab kahwin sahaja ikut Sunah, yang lain hampeh...!
Shalat entah kemana, apa lagi nak berjamaah dengan isteri dan anak-anak jauh sekali. Duit pulak belum cukup bulan dah mintak kat isteri sebab poket dah kosong.

Yang penting semuanya perlukan ilmu didada sebelum membuat apa-apa keputusan sama ada nak berpoligami ataupun tak. Dah cukup ilmu ke belum? Dah cukup material ke belum? Kalau duit takde jangan mimpi nak berpoligami, habis isteri-isteri tu nak dibagi makan apa? Anak-anak nak sekolah macam mana duit ada ke? Dah bersedia ke nak melayan kerenah isteri yang mesti akan memeningkan kepala sampai botak rambut dikepala tu? Kalau yang memang dah kaya tu gaji dah ribu-ribu pulak takkan nak lupakan pengorbanan isteri selama hidup bersama macam tu saja.

Masa hidup susah isterilah yang memberi semangat, memberi bantuan tenaga tak kenal lelah, bila dah banyak duit hambik kau....madu dibagi..!
Walau apapun kita sebagai wanita dan isteri hadapilah segala dugaan dengan sabar dan tabahkan hati. Berbincang ialah cara yang terbaik untuk menangani segala masalah, katakan pada suami apa yang dibuatnya sangat menyakitkan hati kita. Kalau suami berdegil juga berserah pada Allah dan berdoa banyak-banyak Allah takkan tinggalkan kita....

Untuk para suami ataupun bakal suami pula, ingatlah isteri adalah amanah Allah yang mesti dijaga dengan sebaik-baiknya. Berdosa besar kalau tak amanah, sebelum bertindak mengikut nafsu eloklah sekiranya fikir dahulu dengan sebaik-baiknya. Dan ingatlah, apapun yang kita lakukan didunia ini segalanya ada balasannya. Hari ini kita menyakiti hati isteri, esok lusa Allah membalasnya dengan cara yang kita tak tahu sama sekali.


Dan yang penting jangan ikut emosi....
Semoga bermanfaat dan selamat sejahtera.....


Jumpa lagi...Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan