Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Ahad, 20 Februari 2011

Anoreksia dan bulimia

ANOREKSIA

Gangguan makanan yang umumnya berlaku dikalangan remaja dan golongan wanita yang terlalu fanatik untuk langsing. Anoreksia ialah usaha menguruskan badan menggunakan cara melakukan kawalan ketat keatas makanan yang diambil. Penderita anoreksia merasa lapar tapi takut untuk makan sebab takut gemuk.

Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga bila mereka makan dalam jumlah yang sangat kecil sekalipun, mereka sudah merasa kenyang sehingga sampai suatu tahap mereka malas untuk makan kerana takut gemuk.
BULIMIA

Tujuan penderita bulimia sama dengan penderita anoreksia, hanya jika penderita anoreksia malas untuk makan, sebaliknya pula berlaku dengan penderita bulimia.
Mereka akan mengambil makanan yang mereka sukai, mereka akan makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka, kemudian mereka akan memuntahkan balik apa yang dimakan.

Mereka berpendapat badan langsing akan tetap dapat dipertahankan meskipun mereka makan apa sahaja yang mereka suka.

Penderita anoreksia dan bulimia biasanya akan cuba menurunkan berat badan mereka 25 hingga 50 persen.
Masalah yang akan dialami oleh penderita anoreksia dan bulimia antaranya :

- Kehilangan selera makan sehingga tidak mahu makan.
- Luka pada bahagian saluran pemakanan akibat terlalu sering memuntahkan makanan.
- Lemah dan tidak bertenaga.
- Gangguan datang haid.
- Perasaan rendah diri.
- Sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah.
- Hilang minat untuk berjumpa dengan orang lain.
- Selalu berbohong untuk menutup perilaku makannya.
- Depresi/sedih yang berpanjangan.

Penyebab berlakunya anoreksia dan bulimia :

Ketika usia meningkat remaja biasanya remaja wanita akan peka dengan perubahan bentuk badan.
Yang membuat mereka risau akan mudah gemuk dan tak cantik apabila mengambil makanan berkalori tinggi.

Mereka berpendapat makanan boleh menyebabkan mereka gemuk, apalagi bila melihat badan orang lain terutama model iklan atau majalah yang langsing dan menawan, mereka akan menyekat pemakanan mereka untuk mendapatkan bentuk badan yang sama walaupun cara mereka ekstrim dan menyeksa tubuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan