Nufnang

Pengikut

Jumaat, 11 Februari 2011

Bedah plastik sanggupkah anda?

Ramai artis barat mahupun personaliti terkenal lainnya yang memilih bedah plastik/plastic surgery untuk kekal cantik ataupun untuk kelihatan lebih cantik tanpa dimamah usia. Jika ditanya sanggupkah anda menanggung risiko pembedahan plastik, ramai yang sanggup melakukan apa saja untuk kesempurnaan tubuh badan terutama wajah. Malah ramai yang berani menanggung risiko kesan pembedahan tersebut.

Menurut pakar bedah plastik Dr.Jalil Jidon, pembedahan palstik terbahagi menjadi dua jenis :

1. Reconstructive : Pembedahan untuk membaiki kecederaan akibat kemalangan dan kecacatan fizikal. Misalnya untuk menutup kesan melecur pada wajah dan menampal kulit yang cedera.

2. Bedah kosmetik/cosmetic surgery : Pembedahan untuk kecantikan anggota badan seperti memancungkan hidung, membetulkan kelopak mata, memancungkan hidung, menaikkan pipi dan sebagainya.

Jenis-jenis pembedahan :

1. Blepharoplasty.

Bertujuan untuk membuang lebihan kulit, lemak kelopak mata atas, mengurangkan kelopak mata, menegangkan kulit kelopak mata bawah, menyegarkan penampilan, dan menghilangkan raut wajah lesu kerana proses penuaan.

2. Double eyelid surgery.

Bertujuan untuk membentuk kelopak mata atas sehingga bentuk mata kelihatan lebih besar segar dan ideal.

3. Cosmetic Rhinoplasty.

Bertujuan untuk memperbaiki bentuk hidung sehingga menjadi menarik dan mancung. Pembedahan ini dilakukan dengan menggunakan silikon padat (silicon block), ia juga boleh dilakukan untuk memperbaiki bentuk cuping hidung.

4. Cosmetic breast surgery.

Bertujuan untuk membesarkan payudara dengan memasang implant sehingga payudara lebih berisi. Implant payudara yang dimasukkan berupa kantung berisi silikon yang tertutup yang berisi gel silikon atau larutan fisiologi. Ianya juga untuk menegangkan payudara dan menaikkan puting yang jatuh, biasanya kulit sekitar payudara akan dibuang sedikit.

5. Abdominoplasty.

Bertujuan untuk membentuk bahagian perut yang mengendur atau berkedut setelah melahirkan anak, penurunan berat badan, atau proses penuaan.
Pembedahan melibatkan pembuangan kulit dan lemak berlebihan, menegangkan otot-otot perut, menyisihkan kelit berkedut/stretch marks, kadangkala digabungkan dengan sedut lemak untuk punggung dan pinggang.

Apapun alasannya, bagi kita sebagai orang islam pilihlah rawatan yang tidak memerlukan pembedahan plastik.   
Sebab Islam melarang kita merubah kejadian yang diciptakan Allah.....
Tulisan diatas hanya bertujuan untuk menambah pengetahuan sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan