Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Ahad, 27 Februari 2011

Cara membuat kek Coklat Lembab

Adakah anak anda ataupun anda sendiri suka makan kek coklat lembab?
Kek coklat sememangnya menjadi kegemaran ramai orang, untuk membuatnya taklah susah sangat.
Ikuti saja langkah-langkah dibawah ini :


Bahan-bahannya :

- Telur ayam 2 biji.
- 1 1/2 cawan/cup gula pasir.
- 1 cawan/cup susu cair.
- 3/4 cawan/cup minyak masak.
- 1 cawan air panas.
- 1 3/4 cawan/cup tepung gandum.
- 1 sdt baking powder.
- 1 sdt soda bikarbonat.
- 3/4 cawan/cup (40 gram) serbuk koko.



Cara membuatnya :

- Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat, dan serbuk koko, kemudian ketepikan dahulu.

- Pukul telur dengan gula sekejap sahaja.

- Masukkan susu cair diikuti dengan tepung yang diayak tadi, semasa memasukkan tepung, masukkanlah sedikit demi sedikit, teruskan kacau.

- Kemudian masukkan minyak masak, dan akhir sekali air panas.

- Sapukan minyak pada loyang pembakar dan bakar pada suhu 165 darjah selcius selama 40 minit.




Cadangan :

Jika anda suka bolehlah dihiasi dengan coklat masakan dan gula manik mengikut selera dan kreativiti masing-masing sebagai topping.

Nota :

Jika memukul telur terlalu lama, akan menyebabkan kek menjadi keras.
Panaskan oven terlebih dahulu sebelum membakar kek.
Sebaiknya gunakan loyang pembakar bulat yang berlubang ditengah supaya kek masak lebih rata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 ulasan:

  1. nak buat lah rasanyer....

    BalasPadam
  2. tengok gambar pun dh nmpk mcm sdap,apatah lagi makan...

    BalasPadam