Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Jumaat, 11 Februari 2011

Cara mengelakkan perut buncit

Cara pemakanan yang tidak seimbang dan tidak teratur boleh menyebabkan perut anda menjadi buncit. Sebelum anda mengeluh sebab dulu bersais S semakin meningkat ke L, XL atau mungkin XXL.
Sebelum itu berlaku, lebih baik kita lakukan sesuatu untuk mencegahnya.
Antara cara yang paling berkesan ialah :

1. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan anda.

Kandungan garam yang berlebihan dalam makanan anda boleh menambahkan cairan dalam badan anda sebab garam banyak mengandungi sodium yang mengikat cairan badan jadi badan susah nak kurus jika makan garam terlalu banyak. Akibatnya perut terasa penuh dan seperti kembung.

2. Makanlah secara perlahan-lahan.

Dengan mengawal cara kita makan supaya tidak gelojoh dan menghabiskan makanan terlalu cepat, kita dapat mengawal metabolisma badan kita. Jika makan terlalu gelojoh, udara akan tertahan dalam usus dan ia membentuk gas yang boleh mengakibatkan perut menjadi kembung dan makanan yang tidak lumat dengan sempurna tidak dapat dicerna dengan sempurna juga.

3. Banyakkan minum air kosong.

Dengan minum banyak air kosong maka sodium yang banyak dalam badan anda dapat dicairkan dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari tubuh. Air juga dapat mengeluarkan segala toksin yang anda makan bersama dengan makanan anda, terutama zat makanan yang tak berguna untuk tubuh badan anda.

4. Banyakkan mekan serat/fiber.

Serat amat berguna untuk sistem pencernaan kita. Serat yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran akan dapat mengimbangi keperluan vitamin anda. Dan serat juga berguna untuk mengelakkan sembelit dan ketidakselesaan perut. Makanlah buah-buahan seperti epal, pir, pepaya dan lain-lain.

5. Luangkan masa untuk beriadah.

Jika anda aktif bersukan dan beriadah, seperti berjoging, aerobik, dan sukan kegemaran anda yang lainnya, maka ianya boleh membantu menggerakkan cairan dalam perut. Hal ini dapat mengelakkan perut anda dari menjadi buncit sebab lebihan cairan akan keluar melalui saluran darah kemudian menjadi peluh, dan juga melalui air kencing.

6. Awasi ubat-ubatan yang anda ambil.

Pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal boleh menyebabkan perut kembang. Terlalu kerap mengambil panadol juga boleh menyebabkan sembelit, termasuklah juga pil perancang keluarga.
Berhati-hatilah sebelum memakannya dan dapatkan nasihat dokter terlebih dahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan:

  1. petua yang baik dan berguna. Lagi petua menarik untuk suami
    dan isteri dan bakal yang akan berkahwin http://petuaseks.com

    BalasPadam