Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Sabtu, 12 Februari 2011

Cara meningkatkan keimanan

Dari masa kesemasa kita mestilah memperbaiki tingkat keimanan kita supaya lebih baik hari demi hari. Sebab bila iman kita lemah, amat mudah sekali hati tergerak untuk melakukan dosa dan maksiat. Dan bila banyak melakukan maksiat, maka Allah takkan membantu kita supaya dipelihara dari gangguan syaitan. Ada beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita :

1. Tilawah al-Quran dan memahami maknanya, bacalah dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insyaAllah hati kita akan lembut dan yakinkan bahwa Allah sedang berbicara dengan kita.

2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berlaku kerana Allah jua adanya. Segala nikmat yang kita terima selama kita hidup, dan banyak hal disekitar kita yang menunjukkan keagungan Allah. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendakNya, Allah yang menjaga dan memerhatikan segala sesuatu didunia ini.

3. Berusaha untuk meningkatkan segala ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian, seperti cara shalat dengan betul, cara wuduk dengan betul, dan mengerti serta memahami sifat-sifat Allah agar kita lebih bertakwa lagi kepada Allah.

4. Rajin menghadiri majlis zikir dan majlis ilmu atau pengajian, malaikat mengelilingi majlis seperti itu.

5. Selalu berbuat baik dan rajin bersedekah, sebab bersedekah memudahkan jalan dan amal kebajikan tersebut sebaiknya dibuat secara berterusan.

6. Berasa takut kepada kematian yang buruk, kematian akan mengingatkan kita dari terleka dengan kesenangan dunia yang hanya sementara ini.

7. Mengingati tahap kehidupan diakhirat nanti. Peringkat ketika kita mati, dimasukkan kekubur, diadili sama ada akan keneraka atau ke surga hanya dua tempat itulah kembalinya diri kita nanti.

8. Rajin berdoa dan menyedari bahwa kita amat memerlukan Allah, dan diri kita amat kecil dihadapan Allah tiada daya upaya kita selain atas bantuan Allah jua.

9. Tunjukkan rasa cinta kita kepada Allah dengan tindakan, dan berharap semoga Allah menerima segala amalan kita dan shalat kita serta hendaklah sentiasa merasa takut akan melakukan kesilapan.

10.Menyedari akibat dari melakukan dosa dan kesilapan, iman akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan akan menurun dengan melakukan keburukan.

11. Yakin sepenuhnya segala yang terjadi adalah kerana Allah dan atas kehendak Allah. Ketika musibah melanda kita hendaklah kita banyakkan sabar dan yakin ianya adalah ujian untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita.

Tanda-tanda berkurangnya iman :

1.   Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
2.   Keras hati dan tidak berminat membaca al-Quran.
3.   Lambat melakukan kebaikan seperti lambat melakukan shalat, sering meninggalkan shalat  atau langsung tak shalat.
4.   Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib.
5.   Selalu gelisah dan bosan dengan kebaikan.
6.   Tidak berasa apapun ketika mendengar ayat al-Quran dibaca. 
7.   Berat dalam mengingati Allah.
8.   Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan tidak mengikut syariah.
9.   Terlalu menginginkan kedudukan dan takut hilang jawatan.
10. Kedekut, kikir dan bakhil tidak mahu membahagikan rezeki yang Allah bagi.
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan tetapi diri sendiri tidak mahu melakukannya.
12. Berasa senang dengan kegagalan orang lain.
13. Hanya memerhatikan yang halal dan haram dan tidak menghindari yang makruh.
14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
15. Tidak mahu memerhatikan musibah yang dialami kaum muslimin lainnya.
16. Tidak berasa bertanggung jawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17. Tidak reda dengan musibah yang menimpanya dan menyalahkan takdir, hanya menerima takdir baik sahaja.
18. Suka berbantah-bantahan tanpa bukti yang kukuh.
19. Berasa bangga dengan diri sendiri, mengungkit-ungkit segala kebaikan yang dilakukan, bongkak, dan sombong dengan kedudukan yang dimiliki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan