Nufnang

Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

Gempa Bumi Di New Zealand

New Zealand baru saja dilanda gempa bumi, kira-kira 140 nyawa yang terkorban dan 200 orang mangsa lagi masih hilang.  Jumlah kerugian harta benda bukannya sedikit, lebih kurang 20 billion dollar New Zealand jumlah kerugian yang dianggarkan setakat ini. Gempa bumi dengan magnitut 6.3 skala richter telah meranapkan sebahagian Christchurch.


Wilayah Christchurch jadi padang jarak padang tekukur angkara gempa bumi berukuran 6.3 skala richter.

Ranap semuanya....rumah banglo ini hancur menyembah bumi
Banyak harta benda, bangunan, dan fasiliti yang musnah dalam kerosakan besar yang berlaku.
seorang rakyat Malaysia dilaporkan hilang dalam kejadian gempa bumi tersebut, terdapat lebih kurang 635 orang rakyat Malaysia termasuk 390 orang pelajar yang berada di Christchurch.

Pasukan penyelamat dan orang awam bertungkus lumus menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih terperangkap di bawah reruntuhan bangunan. Para penduduk dan orang awam amat panik semasa kejadian gempa bumi berlaku, ini bukanlah kali pertama New Zealand dilanda gempa bumu. Pada 1931 wilayah Hawke's Bay dilanda gempa bumi  7.8 skala richter yang mengorbankan 256 orang.


Ranap


Pandangan dari udara, terlihat jelas kesan kehancuran akibat gempa bumi.

Pada September 2010 New Zealand sekali lagi dilanda gempa bumi yang berukuran 7.1 skala richter.
Yang memusnahkan lebih 100.000 buah rumah tanpa korban nyawa nyawa.


Mereka adalah antara yang terselamat dalam kejadian gempa bumi yang melanda Christchurch.


Pasukan keselamatan bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam reruntuhan bangunan.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan