Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Ahad, 13 Februari 2011

Hosni Mubarak akhirnya berundur

Muhammad Hosni Mubarak yang dilahirkan di Kahel el-Meselha sebuah kampung di Delta Sungai Nil, adalah anak kedua dari lima beradik dilahirkan pada 4 mei 1928. Tamat latihan di Akademi Tentera Kebangsaan Mesir pada 1949, dan pada tahun 1950 menyertai pasukan tentera udara.
Pada tahun 1975 dilantik menjadi Naib presiden oleh Anwar Sadat, dan menjadi presiden Mesir keempat pada 1981,  7 hari selepas Anwar Sadat ditembak mati pada 6 oktober 1981.
Pada tahun 1980 menyokong Saddam Hussin dalam perang Iraq-Iran, kemudian pada 1991 Menyokong Amerika memerangi Saddam Hussin selepas Iraq menceroboh Kuwait. 
Sepanjang 30 tahun tempoh pemerintahannya, Hosni terselamat dari 10 kali cubaan membunuhnya. Pada tahun 1999 memberi persetujuan untuk mengepam gas asli ke Israel dan wilayah Palestin. 
2005 membenarkan pilihan raya pelbagai parti buat pertama kali dan dimenangi pleh parti Demokratik Kebangsaan (NDP) pimpinannya mengalahkan Ikhwanul Muslimin.

25 januari 2011 tunjuk perasaan dijalankan oleh beribu-ribu rakyat Mesir untuk membantah pemerintahannya dan mendesaknya berundur. Pada 28 februari buat pertama kalinya melantik Naib presiden, dan pada 1 februari mengumumkan untuk tidak bertanding pilihan raya pada 2011. Dan pada 10 Februari mengekalkan ikrar untuk tetap menjadi Presiden sehingga September. Dan pada 11 Februari 2011 berlepas ke Sharm El-Sheikh, Dan Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Hosni Mubarak.

Penduduk dunia arab melahirkan kegembiraan atas perletakan jawatan Hosni Mubarak dengan mengagih-agihkan manisan, membakar bunga api, dan melepaskan tembakan sebagai tanda sokongan kepada penunjuk perasaan. Pemimpin Hamas menggesa supaya Mesir membuka sempadan di Gaza.
Obama dan kerajaan AS melahirkan kebimbangan siapakah yang akan menerajui pemerintahan di Mesir selepas ini. As juga khuatir isu di Mesir itu akan merebak ke negara Arab lainnya.

Rakyat Mesir mempunyai harapan baru selepas pemerintahan autokratik selama 30 tahun. Pada malam sebelumnya beribu-ribu rakyat Mesir menari, menangis dan berdoa, dalam suasana yang riuh rendah di Dataran Tahrir selepas Hosni meletakkan jawatan.
Kejatuhan Hosni ditangan generasi muda mengejutkan sekutunya, Amerika syarikat, Israel dan pemimpin negara Arab lain.

Mulanya kumpulan penunjuk perasaan hanya mampu mengumpulkan penyokong 100 orang melalui Internet akhirnya mampu mempengaruhi beratus-ratus ribu orang dalam tempoh 2 minggu dengan menggunakan Facebook dan laman sosial lainnya.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan