Nufnang

Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

Kanser Payudara pada lelaki?

Kanser/kangker payudara biasanya berlaku 100 kali lebih banyak pada wanita berbanding lelaki.
Tetapi lelaki juga berisiko untuk mendapat penyakit kanser payudara ini.
Lelaki memiliki hormon untuk menghalang payudara dari menjadi besar, hormon ini tiada pada wanita.

Bagai manapun sel-sel dalam payudara lelakipun boleh menjadi kanser. Walaupun jarang berlaku disebabkan sel payudara lelaki jauh lebih sedikit berbanding sel payudara wanita, namun lelaki juga berisiko mendapat kanser/kangker payudara terutama yang berada dalam kumpulan berikut :


  1. Penuaan.

Tahap usia yang biasanya didiagnosis dengan kenser payudara ialah 65 tahun. Bagaimanapun lelaki lebih muda juga boleh mendapat penyakit ini. Seelok-eloknya jika kelainan berlaku pada payudara anda lakukanlah pemeriksaan segera.

  1. Keturunan.

Hampir 20% lelaki yang memiliki anggota keluarga yang pernah menghidap kanser payudara baik wanita mahupun lelaki, mendapat penyakit ini.

  1. Obesiti dan fizikal tidak aktif.

Lelaki yang memiliki masalah obesiti akan mempunyai tahap estrogen yang lebih tinggi. Ini disebabkan sel-sel lemak akan menukarkan hormon lelaki kepada hormon wanita.
Hal ini boleh mendedahkan mereka pada risiko kanser payudara.

  1. Alkohol.

Lelaki yang kuat meminum minuman beralkohol akan lebih berisiko untuk mendapatkan penyakit kanser payudara ini.

  1. Penyakit hati.

Hati mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan hormon seks, lelaki yang mempunyai penyakit hati yang teruk seperti cirrhosis akan mempunyai kadar hormon wanita yang lebih tinggi berbanding kadar hormon lelaki.

  1. Radiasi.

Pesakit yang terkena radiasi terlalu lama di bahagian dada biasanya akan menimbulkan jenis kanser lain seperti Hodgkin atau Non Hodgkin Lymphoma dan biasanya akan berisiko untuk mendapat kanser payudara.

  1. Sindron Klinelferter.

Keadaan ini biasanya 1 kes dalam 1000 kelahiran, Sindrom Klinelferter di dapati sejak lahir. Lelaki yang dilahirkan dengan mempunyai lebih kromosom X (kromosom wanita). Mempunyai hormon lelaki yang rendah, jadi mereka juga berisiko mendapat kanser payudara.

  1. Rawatan Estrogen.

Ada dikalangan lelaki yang menghidap kanser prostat kadangkala terpaksa mengambil estrogen sebagai terapi hormon, keadaan ini juga berisiko untuk mendapatkan kanser payudara.


Walau apapun, yang penting jagalah kesihatan anda. Segeralah berjumpa dokter jika terdapat benjolan atau ketulan pada payudara anda walaupun ianya bukan kanser tetapi pencegahan dan pengesanan diperingkat awal boleh mencegah penyakit dari menjadi barah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan