Nufnang

Pengikut

Rabu, 9 Februari 2011

Luahan rasa

Mahu rasanya aku menghitung segala deritaku, tetapi dalam bilangan apa?
Dalam bilangan hari?
Atau dalam bilangan jam?
Atau dalam bilangan minit atau pun saat?

Ah....entahlah..!
Tentu penat menghitungnya.
Aku tentu akan memerlukan formula dan aksioma yang panjang.
Tentu susah untuk dimengerti.


Atau aku ceritakan saja dalam terma atau wacana yang mengandungi seribu perkataan?
Atau dalam seribu halaman?
Itupun susah juga!

Tentu tak cukup kuotanya.
Biarkanlah saja segala keburukan yang dilemparkan.
Pekakkan saja telinga.
Lihat saja segala kebencian yang ditujukan.
Butakan saja mata.
Rasakan segala penghinaan yang diludahkan.
Kuncikan saja hati.

Tertawalah sepanjang siang malam.
Kemudian simpan air mata!

Aku...?
Masih begini juga.
Tiada yang berubah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan:

  1. Pastikah tiada lagi derita yang bakal menjengah??
    Menghitungnya bak merobek semula luka lampau
    Andai mahu, nescaya segala formula mahupun aksioma perantara yang ada masih belum cukup...apatah lagi coretan jutaan kata!
    Hanya perasaan di jiwa sahaja yang mampu menjadi 'unit prosesor pusat'

    Biarlah...biarlah apa yang termaktub pada Luh Mahfuz itu kekal sebagai Qadak & Qadar kita
    Sedari kita hanya insan yang berbatas...yang pucuk tetap berjulang, yang dasarnya adalah umbi

    Hina-nista yang dilontarkan itu pastinya 'kan terubah menjadi puji-sanjung andai hatinya kita benar & suci
    Bukan kita yang menghakimi perkara batin
    Adakala zahirnya serong, namun 'rohnya' adalah seribu kebaikan

    Bertebaranlah dengan cara kita sendiri berpaksikan hati dan niat yang suci
    Persetankankan dunia yang mencebik tingkah isinya
    Syahadahkan jiwa dan perbuatan pada hidup nan abadi setelah ini..

    BalasPadam