Nufnang

Pengikut

Ahad, 20 Februari 2011

Menghilangkan bintik hitam diwajah

Setiap wanita mesti menginginkan wajah yang bersih, mulus, cerah dan bersinar tanpa bintik-bintik hitam yang menghodohkan wajah.
Tentu anda akan menjadi runsing jika wajah anda ditumbuhi bintik-bintik hitam.

Bintik-bintik hitam itu boleh diatasi sekiranya rajin melakukan rawatan dan penjagaan rapi yang diamalkan setiap hari. Anda boleh juga mengikuti petua menghilangkan bintik hitam dibawah ini.

Caranya :

- Ambil sekepal kelapa parut, kunyit hidup dan sedikit garam.
- Tumbuk bahan-bahan ini hingga lumat. ( Tetapi pastikan lesung tempat menumbuk bersih, jangan gunakan lesung bekas menumbuk cili, naya nanti...).
- Bungkus dalam kain bersih dan gosokkan kemuka selama beberapa minit.
- Amalkan setiap malam sebelum tidur selama tiga minggu.
- InsyaAllah berhasih.

Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan