Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Ahad, 20 Februari 2011

Penyakit gout merosakkan buah pinggang

Penyakit Gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan didalam darah. Mendapan Kristal Asid Urik (Monosodium Urate) dipersekitaran sendi menyebabkan sendi mengalami radang dan sakit.

Gout terjadi mungkin disebabkan kegagalan buah pinggang mengeluarkan Asid Urik yang berlebihan dalam darah. Mungkin juga disebabkan oleh faktor keturunan, memakan makanan yang kaya purin seperti Seafood (Udang, sotong, hati lembu dan limpa dll), obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.

Penghidap asid urik berlebihan dalam darah mesti membuat pencegahan dan pencegahan rapi untuk menghindari keadaan ini menjadi gout. Asid urik yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan sakit sendi dan mendapan mungkin berlaku dibuah pinggang membentuk batu karang.

Serangan Gout boleh berlaku secara tiba-tiba, tetapi keadaan yang biasanya boleh menyebabkan serangan gout ialah :

- Kekurangan air dalam badan.
- Setelah makan berlebihan.
- Minum alkohol berlebihan.
- Kecederaan pada sendi.
- Setelah menjalana apa-apa pembedahan.

Gejala atau tanda-tanda gout :

- Sakit sendi yang berlaku secara tiba-tiba terutama diibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
- Sendi menjadi bengkak.
- Sendi berasa kaku.
- Sendi menjadi panas dan merah serta sakit bila disentuh.
- Kadangkala demam.
- Lama-kelamaan benjolan didapati dekat sendi dan cuping telinga disebabkan timbunan asid urik yang mungkin kelihatan seperti kapur.

Jika dibiarkan berlarutan, ianya boleh merosakkan sendi serta fungsinya, mendapan asik urik dibuah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman di buah pinggang dan juga kerosakan buah pinggang.

Penyakit gout ini boleh dikesan melalui ujian pemeriksaan fizikal terutama dikawasan sendi.
Kadangkala pemeriksaan cecair sendi akan dilakukan.
Ujian darah untuk menentukan tahap kepekatan Asid Urik dan X-ray.

Rawatan Gout :

Berjumpalah dokter anda untuk menentukan tahap kesihatan dan gout anda, biasanya dokter akan membekalkan ubat-ubatan yang sesuai untuk pesakit gout.

Rawatan bertujuan untuk mengurangkan sakit sendi, mengurangkan kekerapan serangan, dan menjauhi komplikasi penyakit gout yang berlarutan.
Sebelum serangan gout berlaku, jagalah pemakanan dan gaya hidup anda. Kesihatan adalah amat penting bagi kita..... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan:

  1. Gout terjadi bila wujudnya lebihan asid dalam badan..Apa yg boleh meneutralkan asid? Alkali..

    Cuba minum Alkaline Water Plus..Kemudian, nilaikan..

    SILA LIHAT TESTIMONI
    >>> http://alkalinewatertoyou.blogspot.com/p/testimoni.html

    MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT!

    BalasPadam