Nufnang

Pengikut

Khamis, 10 Februari 2011

Perkara yang tak boleh dilakukan oleh wanita/lelaki

Banyak perkara yang menyeronokkan tetapi mendatangkan keburukan dalam hidup kita. Ada beberapa perkara yang mesti dielakkan untuk menjamin kesejahteraan hidup, antaranya :

1.  Jangan lewatkan shalat, perbuatan ini tidak disukai Allah.
2.  Jangan makan dan minum menggunakan bekas yang pecah atau sumbing, makruh dan membahayakan.
3.  Jangan biarkan pinggan mangkuk yang sudah digunakan tidak dibasuh dan menumpuk disinki, ianya makruh dan mewarisi kepapaan.
4.  Jangan tidur selepas shalat subuh, nanti mahal rezeki (kerana pagi-pagi itu membuka pintu rezeki/berkat).
5.  Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIIM dan doa makan, nanti makanan yang dimakan dikongsi dengan syaitan.
6.  Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan/kebaikan, takut-takut nanti mati dalam perjalanan.
7.  Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa, banyakkan zikir agar hati kita tenang.
8.   Jangan bergaul bebas ditempat kerja, banyak buruk dari baiknya.
9.   Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa saja.
10. Jangan ego untuk meminta maaf dengan ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
11. Jangan suka mengumpat rakan taulan kita nanti rosak silaturahim.
12. Jangan lupa bergantung harap hanya pada Allahdalam setiap kerja kita, nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.
13. Jangan bakhil bersedekah, boleh memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
14. Jangan banyak ketawa nati mati jiwa.
15. Jangan biasakan berbohong kerana ianya ciri-ciri orang munafik dan menghilangkan kasih sayang orang pada kita. Dan orang susah nak percaya pada kita.
16. Jangan suka menganiaya manusia dan haiwan kerana doa makhluk teraniaya cepat termakbul.
17. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, akhirat lebih utama dan kekal carilah kehidupan dunia untuk akhirat supaya tak menyesal nanti.
18. Jangan duduk dibilik air terlalu lama kerana disitulah tempat jin kafir dan syaitan.
19. Jangan merokok dan membakar kemenyan kerana asap itu makanan jin.
20. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIIM dan salam setiap kali masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
21. Jangan memakai tangkal kerana Allah tidak sempurnakan agama seseorang itu jika  memakai tangkal, dikuatiri bergantung harap kepada tangkal bukan kepada Allah, syirik jadinya.
22. Jangan mempertikaikan hukum-hukum Islam, sebab semuanya untuk kebaikan dan Allah itu lebih mengetahui segalanya. Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kita hambaNya juga...

Wallahua'lam..... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan