Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Khamis, 10 Februari 2011

Petua menawan hati suami

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menawan hati suami, diantaranya :

* Setiap kali shalat jangan lupa berdoa supaya suami menyayangi kita, Allah mendengar doa hambaNya.

* Bila suami balik dari kerja tegur dan sapalah suami, berikan sentuhan sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

* Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya tentang kegiatan suami sepanjang hari, jangan pula jadi macam polis nak tahu detail apa yang suami lakukan, cukup sekadarnya. itupun tengok mood suami juga, jika suami nampak penat dan masam janganlah tanya yang bukan-bukan. Lain pulak jadinya nanti.

* Belajarlah untuk menjadi pendengar dan sahabat yang baik dan bertanya dengan tepat supaya jangan salah tanya.

* Jangan cuba menyelesaikan masalah suami, yang penting ialah perhatian dan simpati. Dan luangkan masa berkualiti setiap hari dengan suami, paling kurang 30 minit.

* Tanya ibu mentua dan kakak/abang ipar mengenai hadiah yang disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderamata atau untuk memujuk, masakkan resipi ibu mentua (makanan kehemaran suami) sesekali. Dan berikan pujian kepada penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian, kesederhanaan dan lain-lainnya.

* Cepat-cepat pujuk jika suami marah atau berkecil hati, jangan menjawab setiapkali suami marah tunduk dan diam (walaupun kita tak bersalah) terangkan keadaan sebenar setelah dia sejuk. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya dua kali sehari.

* Jika kita marah, tunggu hingga sejuk baru beritahu suami apa yang kita marahkan ataupun apa yang kita tak suka yang suami dah buat. Beritahu secara baik jangan salahkan suami ataupun menghukum terlalu cepat.

* Minta bantuan suami hanya pada masa dan keadaan yang sesuai.

* Elakkan suami menunggu terlalu lama jika bersiap.

* Jika suami bercakap berilah perhatian, peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

* Telefon suami ditempat kerja hanya jika ada perkara penting atau kecemasan saja jika suami tak suka diganggu, jika suami yang menggalakkan telefonlah dengan lebih kerap.

* Jangan ganggu suami jika dia sedang melakukan sesuatu yang memerlukan ketelitian.

* Bila minta bantuan suami tentang kerja-kerja rumah, terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja rumah yang perlu bantuan, beri pilihan kerja yang disukainya, dan jangan mengarah menggunakan perkataan yang kasar, gunalah perkataan yang lembut dan sesuai.

* Sentiasalah anggun dan wangi setiap kali sebelum tidur.





* Jika suami minta bantuan buatlah dengan cepat dan tidak mengungkit bantuan yang telah diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan