Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Rabu, 2 Februari 2011

Rahsia berdenyut pada anggota badan

Anda ingin mengetahui rahsia apa yang terkandung disebalik denyutan yang kadang terjadi pada anggota badan anda? Mungkin tulisan saya kali ini akan dapat membantu anda. Ianya hanya sebagai suka-suka dan jangan terlalu mempercayainya, semuanya yang terjadi ataupun bakal terjadi pada kita sudah digariskan oleh Allah. Hanya saja kita digalakkan mencari jalan untuk mengubahnya, ataupun sekurang-kurangnya mengelakkan ianya terjadi dengan izin Allah jua....

Rahsia berdenyut pada anggota badan :

1. Jika berdenyut pada seluruh badan : Maknanya akan melihat/berjumpa dengan seseorang yang bermakna pada kita.
2. Jika berdenyut pada semua bahagian kepala : Akan mendapatkan harta dan dikasihi/disayangi oleh orang lain.
3.   Di dahi kanan : Akan mendapatkan harta halal.
4.   Di dahi kiri : Akan mendapatkan kebaikan dari keluarga dan beruntung.
5.   Di ubun-ubun : Akan menjadi orang berpangkat.
6.   Pada alis kanan : Akan bertemu dengan kekasih.
7.   Pada alis kiri : Disayangi kekasih.
8.   Pada kelopak mata kanan : Akan memperolehi harta halal.
9.   Pada kelopak mata kiri : Akan dapat bertemu dengan orang tua yang jauh.
10. Pada tempat keluar airmata kanan : Akan menangis.
11. Pada tempat keluar air mata kiri : Akan kesusahan/bersedih.
12. Pada telinga kanan : Akan mendapatkan harta yang baik.
13. Pada telinga kiri : Keluarga yang jauh akan datang.
14. Pada daun telinga kanan : Akan mendapatkan harta.
15. Pada daun telinga kiri : Akan disindir orang/akan menengar umpatan orang.
16. Pada tepi dahi : Akan merasa benci dan kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup.
17. Pada pipi kiri : Akan sakit semasa berada dirantauan.
18. Pada pipi kanan : Akan mendapatkan pekerjaan.
19. Pada abdomen kanan : Akan menghindar dari sesuatu.
20. Pada abdomen kiri : Akan mengatakan sesuatu yang tak baik.
21. Pada dagu kanan : Akan dimuliakan oleh orang tua ataupun mendapatkan harta.
22. Pada dagu kiri : Akan mendapatkan pekerjaan yang baik.
23. Pada kerongkong kanan : Akan mendapat sedikit kesusahan.
24. Pada kerongkong kiri : Akan mendapat nahas.
25. Pada leher kanan : Akan mendapat sakit yang diakibatkan oleh kecelakaan.
26. Pada leher kiri : Akan bergembira atau akan bercuti ketempat yang jauh.
27. Di bawah ketiak kanan : Akan hilang sedikit hartanya.
28. Di bawah ketiak kiri : Akan menerima berita dari jauh.
29. Pada bahu kanan : Akan menghindar/meniggalkan  sesuatu.
30. Pada bahu kiri : Akan mendapatkan penghargaan dari orang lain.
31. Pada belikat kanan : Akan bergembira/bersuka ria.
32. Pada belikat kiri : Akan dimuliakan oleh orang lain.
33. Pada perut kanan : Akan mendapatkan rezeki yang banyak.
34. Pada perut kiri : Akan mendapatkan kebaikan.
35. Pada lengan kanan : Akan bertemu dengan kekasih.
36. Pada lengan kiri : Akan berpisah dengan kekasih/isteri.
37. Pada siku kanan : Akan mengalami kemarahan.
38. Pada siku kiri : Kekasihnya akan datang.
39. Pada telapak tangan kanan : Akan mendapatkan harta.
40. Pada telapak tangan kiri : Akan mendapatkan harta dari orang lain.
41. Pada belakang badan bahagian kanan : Akan kedatangan orang penting.
42. Pada belakang badan bahagian kiri : Akan melakukan perbuatan yang buruk.
43. Pada bontot kanan : Akan didatangi oleh keluarga.
44. Pada bontot kiri : Akan berkahwin.
45. Pada paha kanan : Akan mendapatkan harta.
46. Pada paha kiri : Akan kehilangan harta.
47. Pada tumit kiri : Akan mendapatkan harta.
48. Pada tumit kiri : Akan mendapatkan harta.
49. Pada telapak kaki kanan : Akan mendapatkan kesusahan.
50. Pada telapak kaki kiri : Akan merantau/bepergian ketempat yang jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 ulasan:

  1. Assalamualaikum. :)

    Dah 2 minggu lebih ni seluruh tubuh badan saya berdenyut2. kadang2 di bahagian belakang badan, di lengan, di bontot, di paha, telapak kaki and baru2 ni, bahagian kepala saya, hidung, kening dan di bibir. hmm, rimas jugak la. kawan2 saya cakap mungkin saya perlu bersenam tapi saya dah bersenam, masih lagi berdenyut2. takut pulak something bad happen dekat saya. boleh siapa2 tolong bagi pendapat? saya bukannya percaya sangat benda camni tapi dah 2 minggu lebih dah seluruh tubuh badan saya berdenyut, takut plak rasenye. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama seperti apa yang sye rasakn . . so please adee sape2 x . .yng bleh bgi jawapnyerr. . .

      Padam
    2. sy pn mgalami perkara yg sama,hampir berbulan2..sy da berubat di Darul Syifa tp still sama,berdenyut2 tu still terasa sampai sekarang

      Padam
    3. rase nye bukan korang aje yang kene dgn denyutan-denyutan tu kot. saye ade terjumpa satu blog ni. ramai gak la yang menghadapi perkara yang sama macam korang. kalau korang rajin, baca lah ye. sebab comment orang dalam blog tu banyak sangat. :)
      nah, ni dia. http://amanruzaini.com/blog/2009/03/mati/

      Padam
  2. Walaikum salam...sayapun bukannya pandai sgt bab ni.. tapi nenek saya pernah ckp kalau berdenyut seluruh badan cam tu..mungkin bad thing will happen..Harap2 bukan. Atau juga boleh jadi nak jumpa jodoh jika blm kahwin. Seeloknya buatlah shalat hajat untuk tolak bala..wallahu a'lam.

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana membalas sukma. :)

    Saya lupa,Baru semalam saya ada mimpi tentang labah-labah. bayak sangat,warna hitam. semua labah-labah tu dekat pintu bilik saya. Bila saya cari dekat internet, maksudnya kena berhati-hati. huhu. :( macam something bad happen terjadi kat saya je nanti ni. Saya ni tak berapa pandai solat hajat tapi saya kerap baca surah Yassin untuk tolak bala. hmm...
    harap-harap mimpi saya tu cuma mainan tidur.

    Kalau nak jumpa jodoh tu, alhamdulilah :D HAHA. saya masih single and belum berkahwin. minta-minta la jodoh yang datang, bukan bala :p

    BalasPadam
  4. Tambahan untuk ulasan di atas;

    saya rasa macam something bad happen dekat saya pun sebab seluruh badan saya berdenyut-denyut lebih 2 minggu sampai la sekarang, masih tak berhenti lagi and tambah-tambah lagi saya bermimpi labah-labah.

    Awak ada tak tafsir mimpi untuk binatang? nak baca sebagai pengetahuan je. :)

    BalasPadam
  5. Nak lebih jelas tentang tafsir mimpi haiwan tu tengok kat http://kamustafsirmimpi.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Terima kasih Angel. :)

    BalasPadam
  7. Sama-sama...semoga bermanfaat..

    BalasPadam
  8. haha,,nak tnye, betul ke bende nie? dapat dari mane?

    BalasPadam
  9. Btol ke tak jgn percaya sgt...saja suka2, saya dpt dari buku primbon....

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..Jangan percaya sangat. Baca sebagai panduan je. biasanya denyutan di tubuh bermaksud berlakunya dehidrasi dalam badan sebab kurangnya air dan garam dalam badan.. Ini dia info tentang pengecutan otot..

    http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitD/Dehidrasi.php

    Di harap dapat membantu pembaca yang mengalami denyutan seluruh tubuh dan mengurangkan kesyirikan anda.

    wasalam

    BalasPadam
  11. telapak kaki kanan saya dh 3 hari berturut2 berdenyut.....brdasarkan trsiran di ats.....blh dprcyai??

    BalasPadam
  12. npa klopak mata sy yg belah mata kanan sy slalu brdenyut ye??

    BalasPadam
  13. mintak tumpang share info kat sini yer. nak letak kat blog sendiri. boleh yer??

    BalasPadam
  14. Info yg lame nk di ingat kn...hahahahaha

    1.Tanda 100 hari sebelum hari mati.
    Seluruh tubuh akan mengalami denyutan atau seakan-akan mengigil.

    2.Tanda 40 hari sebelum hari mati.
    Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.

    3.Tanda 3 hari sebelum hari mati.
    Terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

    4.Tanda 1 hari sebelum hari mati.
    Merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun.

    REUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...HAHAHAHHAHA

    BalasPadam
  15. klu berdeyut di hujung mate kiri dan kanan pe maknye tu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada yang rindu kt awak, atau nak bersedih kot....? ...hehe

      Padam
  16. sy dah rasa kat umbun2 kat dahi dah seminggu.. sebelum tu kat tapak kaki kat bawah pusat kat peha kat betis.. takut sgt2.. tp ada brader yg kat tempat kerja tu bgtau sebab kebangkitan roh.. roh kite ni bkn nye semua org roh die bgn.. ada yg roh die tidur.. x tau la bleh percaya ke tak.. tp die kata. ape pun berhati hati lah... kalau rasa lain mcm tu duk la tempat selamat.. sy setiap kali sembahyang sy doa supaya allah hilangkan denyut2 tu.. alhamdulillah.. sekarang dah x kerap sgt... tp masih ada..

    BalasPadam
  17. Tumit belah kiri berdenyut-denyut tkde pon mrantau jauh , nak kate pnyakit urat da cek OK je .. -.-

    BalasPadam
  18. Well i think we shouldn't believe on this kinda stuff,, but Lately I had this pulsation on my left foot And it really showed me the guide off where I'll be going some where far from home, and it really does I'll be going to some where far from home on my next vacation.. ^.^,v, thanks ..

    BalasPadam