Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Khamis, 10 Februari 2011

Risiko melahirkan selepas pembedahan

Selepas melahirkan melalui pembedahan buat pertama kali, kemingkinan untuk bersalin secara normal untuk kandungan seterusnya agak tinggi sekitar 70%. Hanya sebilangan kecil saja yang diulang bedah oleh sebab rongga punggung yang sempit atau kecil. Dan tidak memungkinkan kepala bayi melepasinya. Dan pembedahan kali kedua ataupun ketiga boleh juga disebabkan oleh pendarahan, bayi lemas, atau masalah uri dibawah yang tak dapat mengelakkan pembedahan dijalankan untuk keselamatan ibu dan bayi.

Ada pesakit yang telah bersalin secara normal 2 atau 3 kali, tetapi untuk anak yang selanjutnya pula terpaksa dibedah, ini boleh juga disebabkan jarak kandungan yang terlalu jauh. Atau ada penyakit yang memaksa pembedahan dijalankan seperti darah tinggi, kencing manis (menyebabkan bayi besar), dan jantung. Ketika mengandung ibu dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan tinggi karbohidrat atau makanan manis secara berlebihan untuk mencegah bayi menjadi besar.

Ada juga terjadi pesakit yang telah bersalin melalui pembedahan sebanyak dua kali kemudian untuk anak ketiga boleh melahirkan secara normal, tetapi keadaan ini amat jarang berlaku. Biasanya jika kandungan pertama dan kedua melalui pembedahan, maka kandungan berikutnya juga melalui pembedahan .

Ramai yang keliru, setelah bersalin kali ketiga melalui pembedahan apakah mesti saluran peranakan diikat/sterilization? Jika wanita itu sihat dan tidak mengalami penyakit merbahaya seperti jantung, buah pinggang, biasanya dokter masih boleh menjalankan pembedahan kali keempat dan seterusnya bergantung pada keadaan kesihatannya dan berdasarkan nasihat dokter sakit puan yang merawatnya.

Walau apapun keputusan anda sama ada ingin mengandung lagi ataupun tidak selepas beberapakali menjalani pembedahan Caesarean, berbincanglah dengan dokter anda terlebih dahulu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan