Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Khamis, 10 Februari 2011

Perkara remeh tapi penting yang suami mahukan dari isteri

Seorang isteri memang diciptakan oleh Allah dengan penuh kelembutan untuk memberikan layanan kepada keluarganya, terutama suaminya. Selain dari layanan seks yang baik, sebenarnya suami memerlukan perkara yang remeh menurut kita tapi penting dimata suami. Apakah perkara itu? 

* Masakan isteri.

Suami suka masakan isteri dirumah, walaupun nampak remeh bukanlah suami nak mendera isteri dengan makanan yang sedap-sedap dan mewah bak masakan Chef terkemuka, cukuplah sekadarnya saja dengan apa yamg ada asalkan dapat memenuhi cita rasa dan mengenyangkan perutnya dengan makanan kegemaran suami.
Biasanya setelah kerja sepanjang hari suami tentu sudah makan diluar, cukuplah sediakan makan malam walaupun ringkas dan kurang sedap, air tangan isteri akan membuatkan suami sentiasa teringat terutama jika berada berjauhan. Jangan terkejut kebanyakan suami berbangga jika isterinya pandai masak pasti dicanangkan kepada kawan-kawannya yang isterinya pandai masak. Inilah senjata isteri yang tidak disedari oleh ramai wanita.

* Penampilan diri.

Walaupun isu ini dianggap kecil dan perkara biasa, tetapi ini boleh dijadikan alasan kenapa suami bosan apabila pulang kerumah. Sudah lumrah manusia suka melihat yang cantik, jika diluar suami biasa melihat wanita-wanita cantik bergaya dan bila pulang kerumah kita sambut pula dengan bau belacan dan t shirt lusuh yang kita pakai sehari-hari. Sebelum suami balik kerja, mandilah dan hiaskan diri serba sedikit tak perlu make up tebal macam nak pergi diner pulak.

Jika duduk dirumah calitlah sedikit gincu bibir dan bedak, dan kalau pandai mengenakan pemerah pipi gunakan yang berwarna lembut seperti merah jambu ataupun peach. Jagalah bentuk badan, jangan sampai terlalu gemuk sebab tiada siapa yang suka badan yang gemuk dan tak terjaga (kalau dah comel sejak anak dara tak boleh nak cakap apa...). Hal ini boleh dijadikan alasan oleh suami untuk cari lain.

Pakailah pakaian yang cantik seperti semasa bercinta dulu, sentiasa pakai minyak wangi jika suami ada dirumah, jangan berdandan masa hendak berjalan saja, janganlah abaikan penampilan apalagi setelah ada anak. Bagi wanita yang bekerja hal ini tak terlalu serius sebab biasanya wanita bekerja sentiasa bersolek. Tapi bagi wanita yang tidak bekerja hal ini boleh menyakitkan mata suami, bersolek akan menampakkan anda berbeza dan awet muda, membuatkan suami semakin sayang. Kekalkan penampilan anda semasa bercinta sampai ke tua. Jika suami sudah mendapatkan layanan yang baik dan isterinya sentiasa menjaga penampilan, tiada sebab untuk suami mencari yang lain, lainlah kalau suami tu memang gatal....tak dapek den nak nolong...!

* Layanan.

Bukan hanya lelaki, wanita juga suka mendapatkan layanan yang baik dari suaminya. Anda digalakkan memberikan layanan kepada suami seperti masa bercinta dulu. Biasanya layanan ini akan berkurang setelah kahwin apalagi jika sudah punya anak, kadangkala kita lupa dengan keperluan suami. Kalau dulu cakap lembut, kini kasar lah pulak...Lelaki sukakan kelembutan, gunakan emosi dan layanan yang lembut pasti suami akan tewas walaupun dia berada dalam kemarahan. Jangan tambah kemarahannya dengan sikap taknak beralah kita. Beralah bukan beerti kalah...  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan