Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Khamis, 24 Mac 2011

Ancaman radiasi di jepun

Kesan kerosakan dan kemusnahan akibat Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun belum lagi reda. Mungkin memakan masa sehingga lima tahun untuk pulih sepenuhnya. Anggaran kerugian berbilion dollar dan kematian dianggarkan melebihi 20.000 orang. Ini disebabkan ramai lagi mangsa yang dilaporkan masih hilang.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan kebocoran reaktor nuklear Fukushima Daiici. Reaktor ketiga Fukushima Daiici telah dikesan mengeluarkan asap putih dan meletup beberapa kali. Radiasi mulai dikesan di Pasifik, dan mencemarkan makanan dan susu.


Meskupun begitu, pihak berkuasa Jepun terus mengawal dan mengawasi keadaan agar dapat mengurangkan kebimbangan orang ramai terhadap kesan radiasi yang mungkin memudaratkan kesihatan orang awam dan kanak-kanak.

Juru cakap WHO Peter Cordingley mengatakan tiada bukti pencemaran terhadap makanan sampai ke negara lain.

Kemusnahan akibat gempa bumi di Jepun :

- Sejumlah radiasi dikesan di lautan Pasifik.

- Di wilayah Fukushima : Kerajaan tempatan mengharamkan penghantaran susu dan menghentikan penghantaran bayam dari 4 wilayah lain dan menasihati penduduk jangan minum air paip.

- Di Wilayah Miyagi : Polis percaya 15.000 orang terbunuh diwilayah itu sahaja.

- Di Tokyo : Sejumlah kecil bahan radio aktif Iodin dikesan dalam air.

- Sekurang-kurangnya 14.800 bangunan musnah sepenuhnya.

- 1.700 jalan raya, 50 jembatan dan 15 landasan kereta api musnah.

- 217.000 rumah terputus belkalan elektrik.

- 880.000 rumah di 11 wilayah tiada bekalan air.

- 320.000 orang terpaksa tinggal di tempat perlindungan sementara. Dan kerugian dianggarkan RM715.15 Billion.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan:

  1. Effort, Ernte erwartet
    diablo 3 gold
    guild wars gold
    GW GOLD
    wow gold
    wow gold
    Se ti sei innamorato di due persone contemporaneamente, selezionare la seconda, perché se davvero l'amore la prima, non si innamorerà con la seconda.

    BalasPadam