Nufnang

Pengikut

Selasa, 29 Mac 2011

Jaga kesihatan buah pinggang anda

Kesihatan diri amatlah penting buat kita, apa gunanya duit yang berlambak, harta yang melimpah jika kita asyik sakit je 24 jam, nak buat kerja apapun lemah semacam je..yang paling penting ialah kesihatan. Yang patut diutamakan.

Selain kesihatan badan secara am, kesihatan buah pinggang tak kurang pentingnya. sebab buah pinggang atau ginjal ialah organ yang penting untuk kelangsungan hidup kita.

Terdapat dua jenis penyakit buah pinggang iaitu :

1. Akut (secara tiba-tiba).



Biasanya berpunca daripada trauma yang serius contohnya akibat kemalangan, luka terbakar yang serius atau luka yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak, dan juga disebabkan pengambilan bahan-bahan beracun.

Pesakit biasanya akan sembuh sekiranya rawatan awal diberikan dan pesakit tidak mempunyai apa-apa masalah buah pinggang sebelumnya.

2. Kronik (kekal untuk tempoh yang panjang).

Kegagalan buah pinggang yang kronik atau Cronic Renal Failure (CRF), boleh disebabkan oleh beberapa keadaan berikut :

- Perubahan pada buah pinggang yang berpunca daripada tekanan darah tinggi atau diabetes.

- Pembengkakan atau keradangan atau jangkitan glomerulus ( glomerulus ialah sebahagian dari buah pinggang) disebabkan oleh penyakit lupus.

- Saluran air kencing yang tersumbat contohnya berpunca dari tumor atau pembesaran kelenjar prostat lelaki.

- Penyakit-penyakit keturunan seperti penyakit buah pinggang polisistik.

- Penyalahgunaan dadah berlebihan.

Kerosakan buah pinggang berlaku sedikit demi sedikit secara berterusan walaupun rawatan dan diet telah diberikan. Ini disebabkan lebih banyak tisu buah pinggang yang akan mati dan membawa kepada kerosakan buah pinggang yang teruk. Apabila buah pinggang telah rosak sepenuhnya dan gagal berfungsi keadaan ini dinamakan kerosakan buah pinggang peringkat akhir ( End State Renal Failure).

Pada peringkat ini pesakit hanya boleh memilih sama ada untuk menerima rawatan secara dialisis atau pemindahan buah pinggang/ginjal.

Terdapat dua jenis Dialisis iaitu :

1. Hemodialisis : Satu cara penapisan darah melalui tiub-tiub dan mesin dimana darah akan dialirkan melalui fistula atau salur darah yang terletak di bawah bahagian lengan.
Pesakit perlu melalui proses Dialisis ini dua hingga tiga kali seminggu.

Koplikasi yang mungkin berlaku ketika proses Hemodialisis :

- Demam, mungkin disebabkan oleh bekteria atau bahan penyebab demam (Pyrogens) yang terdapat didalam darah.

- Keadaan panas yang melampau ketika Dialisis.

- Reaksi alahan yang boleh membahayakan nyawa ( Anaphylaxis), ia mungkin disebabkan oleh alahan kepada    bahan tertentu yang terdapat dalam mesin.

- Tekanan darah rendah. Mungkin disebabkan oleh penyingkiran terlalu banyak cecair.

- Ritma jantung abnormal, mungkin disebabkan oleh tahap potasium darah yang abnormal.

- Embolus udara yang mungkin disebabkan udara telah memasuki darah dalam mesin.

- Pendarahan di dalam usus, otak, mata atau abdomen yang mungkin disebabkan oleh penggunaan heparin atau agen anti penbeku darah.

2. Dialisis Peritoneal : Melalui tiub besar yang dipasangkan secara pembedahan dibahagian abdomen, proses penapisan kekotoran akan berlaku didalam tubuh. Membran peritoneal didalam tubuh yang digunakan untuk menapis. Dan perlu dilakukan beberapa kali sehari.

Komplikasi yang mungkin berlaku ketika rawatan Dialisis Peritoneal :

- Pendarahan di kawasan Catheter dimasukkan atau dikeluarkan. Mungkin terjadi kebocoran cecair disekitar Catheter dimasukkan atau didinding abdominal/perut.

- Jangkitan, yang boleh berlaku di kulit kawasan Catheter dipasang menyebabkan bengkak bernanah.

- Tahap albumin darah yang rendah.

- Tahap glukosa (jarang berlaku kecuali pada penderita diabetes).

- Sembelit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan