Nufnang

Pengikut

Jumaat, 4 Mac 2011

Merancang Jantina Bayi mengikut cara Cina Purba

Merancang jantina bayi menurut Teori Cina purba sebenarnya telah lama diamalkan, hanya saja masih ramai yang tidak mengetahuinya.
Disini saya akan kongsikan petua untuk merancang jantina bayi yang pernah saya amalkan dan Alhamdulillah berkesan.
Tetapi saya tak menjamin anda juga akan mendapatkan hasil seperti saya, semuanya bergantung pada rezeki ketentuan Allah. Apa salahnya mencuba...

Lihat rajah dibawah ini :



Petak-petak melintang menunjukkan peringkat umur ibu dari usia 18 hingga 45 tahun.
Petak-petak yang mengunjur kebawah menunjukkan angka dari bulan 1 hingga bulan 12.

1. Mula-mula pastikan bulan berhenti haid ataupun bulan anda mula mengandung.

2. Katakan anda mula mengandung pada bulan 3 (lihat petak mengunjur kebawah), dan usia anda adalah 25 tahun 3 bulan (lihat petak melintang 25).  Anda bakal dapat anak lelaki. Lihat ditempat petak melintang dan mengunjur bertemu.

3.Seandainya anda mula mengandung pada bulan 8, dan usia anda adalah 32 tahun, anda akan mendapatkan anak perempuan. Begitulah seterusnya.....

Namun jika usia anda 22 tahun 9 bulan, lihatlah dipetak 23 tahun sebab 9 bulan itu melebihi 1/2 tahun.
Jika usia anda 22 tahun 7 bulan -11 bulan anda juga lihat petak 23. Sebab melebihi 1/2 tahun. Jika dibawah 7 bulan lihat petak 22. Begitulah seterusnya.

Untuk merancang jantina bayi seperti yang diinginkan, kerjasama suami isteri amatlah penting.

Selamat mencuba, semoga berhasil....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan