Nufnang

Pengikut

Rabu, 2 Mac 2011

Muammar Gaddafi enggan berundur

Selepas Mesir bergolak, kini giliran Libya pula. Bermula dari 15 Februari yang lalu berlaku kekecohan di Libya untuk mendesak pemimpinnya Muammar Gaddafi supaya meletakkan jawatan. Beribu-ribu orang pemberontak an orang awam mengadakan demonstrasi di sekitar Tripoli Ibu Negara Libya. 


Muammar Gaddafi masih juga enggan untuk berundur menyebabkan para pemberontak Libya semakin hilang sabar.
Para pemberontak Libya mendesak Muammar Gaddafi berundur secepatnya. Tetapi permintaan itu tidak diindahkan oleh Muammar Gaddafi yang berikrar untuk mempertahankannya.

Bandar Zawiyah berhasil dirampas oleh para pemberontak, tetapi lenih dari 2000 askar pro Muammar Gaddafi kini mengepung bandar itu.
Pemberontak Libya hanya menunggu serangan balas dari askar-askar yang setia pada Muammar.



Tindakan keras Muammar terhadap para penunjuk perasaan dan menggempur para pemberontak menyebabkan beratus-ratus orang telah terkorban.
Muammar Gaddafi mendakwa puak pelampau Al-Qaeda yang mendalangi pertumpahan darah bermula dari 15 February lagi.


Kekacauan terus berlaku di Tripoli Ibu Negara Libya, Industri minyaknya juga kucar-kacir. Syarikat-syarikat minyak Eropah kini beroperasi dalam keadaan krisis.
Para pekerja pelabuhan tidak datang bekerja kerana takut ditangkap, kapal-kapal tangki gagal diisi minyak menyebabkan kapal-kapal itu hanya terapung dilaut Mediteranian.

Bila agaknya kekecohan di Libya ini akan berakhir?
Para penganalisis menjangka pasukan pemberontak akhirnya akan mengambil alih ibu Negara dan membunuh atau menangkap Muammar Gaddafi.



Menurut para penganalisis lagi, Libya takkan aman dalam masa terdekat ini sebab Muammar Gaddafi mampu untuk menimbulkan huru-hara atau perang saudara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan:

  1. ini semua rancangan jahat bush dan kuncu-kuncunya..sebb dia masih beroperasi walaupun nampak bush tak kelihatan.

    BalasPadam
  2. Muammar Gaddafi dah meninggal dalam keadaan yang diaibkan, entahlah yahudi dan amerika memang suka sangat tengok negara-negara islam hancur. Mereka sanggup keluarkan berbillion dolar untuk menghancurkannya. Wallahu a'lam...

    BalasPadam