Nufnang

Pengikut

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS

BE DAN SNE RAHSIA KECANTIKAN PARA ARTIS
5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ARTI KATA SEBENAR. 1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan 3. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan 4. Metabolik - Metabolisma stabil 5. Anti-Pengoksidaan - awet muda 6. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara..SMS/WHATSAP/LINE/WECHAT SUKMA 012-3950371

Sabtu, 12 Mac 2011

Musibah gempa bumi dan tsunami Jepun

Semalam 11-03-2011, pada pukul 1.45 waktu tempatan, Jepun dilanda gempa bumi 8.9 skala richter dipantai Sendai.
Kemudian beberapa minit selepas itu di hentam dengan gegaran kedua 7.4 skala richter.

Disebabkan gegaran yang terlalu kuat tersebut Tsunami setinggi 10 meter melanda Sendai dan meranapkan segala benda yang berada dilaluannya. Menenggelamkan Wilayah Sendai dan sekitarnya.
Dijangka 1000 orang terbunuh, setakat ini belum ada laporan kerosakan yang rasmi dan angka korban sebenar juga belum diketahui.

Anggaran kematian meningkat kepada 10.000 orang apabila Agensi berita Kyodo melaporkan gagal menghubungi lebih 10.000 penduduk di pekan nelayan dan pelancongan Minamisanriku, Miyagi.



Ombak Tsunami menuju ke pantai Honshu.

Beberapa minit kemudian gelombang kedua Tsunami setinggi 7 meter melanda tempat yang sama.
Dan 19 gegaran susulan dikesan selepas itu. 

Amaran Tsunami dikeluarkan supaya negara-negara yang berada dilaluannya berjaga-jaga, termasuk Philipina, Hawaii, Peru, Fiji, Fasifik, Cina, Papua, Maluku, dan sebahagian negara-negara Amerika Selatan. Amaran Tsunami juga dikeluarkan untuk penduduk Washington, Sebahagian Oregon dan California.

Dijepun, 14 kebakaran dilaporkan berlaku. Malapetaka terburuk sejak 140 tahun membawa impak buruk kepada ekonomi Jepun.


Add captionKebakaran banyak berlaku kesan dari gegaran yang kuat.

Beberapa kilang terpaksa ditutup kerana kerosakan akibat gegaran. Loji nuklir Fukushima 1 dan Fukushima 2 ditutup. Walaupun tidak berlaku kebocoran tetapi Radiasi dikesan meningkat sehingga penduduk terpaksa dipindahkan untuk keselamatan dan berjaga-jaga.

Hanyut..kesan Tsunami  setinggi 10 meter.
Jutaan orang pula terkandas kerana stesen kereta api bawah tanah menutup operasinya selama 6 jam berikutan Gempa dan Tsunami yang menggegar Honshu, Timur Laut Jepun. Para penumpang yang terkandas memenuhi Tokyo.
Tenggelam semuanya....


Di Hawaii pula  berlaku gempa bumi 4,5 skala Richter dan berlaku Tsunami, tiada korban dilaporkan.
Di Cina juga terjadi Gempa bumi 5.5 skala Richter. Disambung pula dengan 7 gegaran susulan. 25 orang dilaporkan terkorban dan 127.000 orang kehilangan tempat tinggal.

Berita mengenai Gempa bumi dan Tsunami Jepun

Ombak Tsunami menghentam wilayah pantai dan menyapu semua yang berada dilaluannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan